Saturday, March 24, 2012

Hassan Si Kaki Gebang..

Malam semalam Hassan si kaki gebang ajak gua bersembang. Gua seperti biasa hanya mengangguk bila hassan mengeluarkan hujah beliau. Sebab gua tau hassan ni kuat gebang. So gua layankan je. Banyak benda yg Hassan ni cerita. Dari isu semasa hinggalah berkaitan dengan wanita. Gua yang dah masak dengan perangai dia malas nak layan. So bila Hassan kata A, A lah gua jawab. Sebab taknak perbualan tu berlanjutan ke masa tambahan.Tapi ada satu topik ni menarik perhatian gua. Dia cakap kalau nak ada makwe gua kena avoid makwe dari beberapa negeri ni. Gua jadi pelik. Keadaan bertambah panas bila dia mention negeri tersebut iaitu sabah, kelantan dan serawak. Gua jadi pelik. Ape kena ngan makwe negeri-negeri ni. Hassan cakap mengikut pengalaman dia, makwe yang dari negeri tersebut susah nak setia. Suka makan luar bagai, materialistik dan macam-macam lagi.

Dalam hati, gua start mencarut.... WTF!!! Hassan ni gua sedia maklum memang bangang. Tapi melebalkan diorang macam tu gua tak boleh terima. Sebab bagi gua kalau dah nama manusia mana ada yg perfect. Suka hati lu je buat conclusion macam tu. Mana punya fakta lu ambik ni woih. Bagi gua, semua negeri sama je. Bangang apa lu nak cakap makwe selangor semua baik-baik. Banyak jugak yang bangang gua rasa.

Lu kena paham, manusia tak kira dari apa negeri hatta bangsa sekalipun bukan semua baik. Lu tak boleh lah menghukum orang sampai macam tu sekali. Serius gua rasa macam nak tumbuk muka lu. Macam gua dulu, gua mengaku yang gua anti dengan satu negeri ni. Bagi gua orang yang dari negeri ni semua bangang belaka. Gua bukan anti je tapi gua benci sangat. Tapi bila gua dah kenal sorang dua budak dari negeri ni. Pandangan gua mula berubah. Bukan semua budak negeri ni berperangai buruk. Ada jugak yang baik. Yang semangat setiakawan dia lagi tinggi dari budak negeri gua. Cuma kadang-kadang yang membataskan cuma percakapan. Itu yang kadang-kadang menimbulkan salah paham. Even dalam agama sekalipun, gua tak rasa yang seagama dengan gua semua berhati mulia. Banyak jugak suruhan agama yang dilanggar. Macam gua. Ye gua mengaku gua bukan seorang muslim yang soleh. Tapi gua sedaya upaya untuk memperbaiki diri gua. Jangan cepat menghukum. Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Cuba bila bercakap tu guna otak. Jangan nampak sangat diri tu bangang.

So kepada Hassan. Tolonglah jangan nak sembang kencang sangat. Jangan nk berlagak lu tau semua benda. Orang menyampah ke lu. Lu tau tak? Gua harap sangat lu boleh bayar hutang lu ke gua. Lama sangat dah ni. Gua baik tapi bukan bererti lu boleh pijak gua. Paham tak?

2 comments: