Saturday, March 3, 2012

Macam-Macam

Sebenarnya perasaan gua tengah berkecamuk sekarang ni. Macam-macam yang gua pikir. Tapi di sebalik kekusutan gua, ada satu benda yang buat gua tersenyum. Dan semua kekusutan serta permasalahan gua lenyap secara beransur-ansur.

Gua sebenarnya ada satu ketagihan. Ketagihan untuk mendengar suara lu. Ketagihan untuk mendengar gelak tawa lu. Semua ketagihan gua adalah lu. Gua sayang ke lu sangat-sangat. Gua bukanlah mencari kesempurnaan. Apa yang gua nak adalah kebahagiaan dan kebahagiaan gua adalah lu. Gua nak mintak maaf ke lu atas semua kekurangan gua. Kekurangan yang bukan gua mintak. Tapi gua sedaya upaya akan berusaha untuk menyayangi serta memberi kebahagiaan kepada lu. Semoga Tuhan merestui hubungan kita insyaallah.

Gua sebenarnya rindu ke arwah ibu dan ayah gua. Gua dahagakan kasih syg dari mereka. Gua selalu berharap yang gua dapat balas jasa mereka membesarkan gua.Tapi gua harus menerima hakikat yang mereka dah tiada di dunia ini. Tapi gua bersyukur kerana makcik dan pakcik serta keluarga arwah ibu gua sudi menerima gua dan memberikan kasih sayang kepada gua. Terutama sekali kepada mamat dan apis yang selalu ada bila gua memerlukan mereka.

Dan gua berterima kasih kat kawan-kawan gua yang setia menemani gua di saat gua sedih dan gembira. Gua tak pernah lupa jasa diorang yang banyak membantu serta menemani gua. dari gua kecil gua banyak di bantu serta di jaga oleh mereka. Gua dah berjanji kat Zul untuk menulis cerita pasal dia. Tapi gua tak tau nak tulis benda sebab gua memang takde idea. Gua harap lu tak marah Zul. Cuma apa yang boleh gua simpulkan adalah, lu seorang kawan yang baik. Dan gua bertuah mempunyai kawan macam lu. Lu seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Gua percaya kalau gua di timpa bencana atau masalah lu akan datang tolong gua. So terima kasih sebab sudi berkawan ngan gua.

Gua baca balik atas ni yang gua tulis macam celake pon ada. Kahkahkah. Tapi jujur gua cakap, kadang-kadang gua terpikir. Terpikir kalau gua dah takde kat dunia ni. Macam mana agaknya perasaan serta reaksi mereka. Gua sedar gua bukanlah popular or power sangat sampai semua orang nak meratapi pemergian gua. Tapi gua teringin nak tengok wei. Tapi gua sedar semua tu mustahil.

Gua sebenarnya takde bakat dalam penulisan ni. Salah gua juga sebab masa sekolah dulu gua tak fokus dalam pelajaran bahasa melayu. Bagi gua karangan atau penulisan ni benda senang. Gua just imagine pasal tajuk atau tugasan yang di beri dan gua akan gubah cerita. Benda senang. Sapa cakap susah meh gua tampar muka dia. Lu tengok tajuk pastu lu bedal. Konsep dia senang sangat. Menipu menipu dan menipu.

Sebab tu bila gua try tulis blog, gua agak kekok. Sebab gua tak reti nak cerita pasal hidup gua dalam penulisan. Kalau melalui percakapan gua expert la. Sampai tak reti berenti gua rasa. Susah wei menulis ni. Tu yang gua jadi malas bila nak menulis. Sebab gua tak tau nak luahkan apa yang gua rasa dalam bentuk penulisan ni. Ada banyak benda gua nak cerita. Ada ramai orang yang gua nak bagi penghargaan. Kadang-kadang teringin sangat nak luahkan apa yang gua rasa. Tapi mungkin sebab gua dah terbiasa simpan dalam hati kot. Yup, gua memang suka simpan satu benda dalam hati. Gua tak suka tunjuk kat orang. Lagi-lagi kalau ia melibatkan gua. Tapi gua suka menyibuk hal orang sebenarnya. Lagi-lagi hal kawan gua. Gua bukan boleh dengar kawan-kawan gua ada masalah. Gua akan sedaya upaya tolong walau gua tak mampu. At least gua ada time dorang susah.

Celake, apa lagi gua nak tulis ye. Gua dah rasa bangang sebenarnya ni. Tapi gua kena tahan. Gua nak tunggu jam 6 ni. Nak telefon orang tersayang. Hahaha. Serius bila gua teringat kat dia, gua mesti teringat lagu 150 juta kali nyanyian Fyn Jamal. Serius wei. Nak tahu kenapa? Meh gua petik salah satu lirik dia. Tapi gua ubah sikit la ye. Lirik dia lebih kurang macam ni. "Dia mungkin bengis seperti singa, tapi dia nangis tengok filem ombak rindu". Kahkahkah. Lebih kurang macam ni la lirik dia. Jangan marah ek sayang. Gua harap dan berdoa sangat. Kali ni biarlah ianya berakhir di tempat sepatutnya. Amin.

P/s : gua dah jumpa reason gua untuk terus hidup. :)

No comments:

Post a Comment