Tuesday, May 15, 2012

Cerita Cinta

Sebenarnya hidup gua ni boleh la dikatakan bertuah dalam bab bercinta. Gua bercinta dengan orang yang hebat. Walaupun mereka kini tinggal sejarah. Tapi hubungan gua dengan mereka masih lagi baik. Kalau mereka memerlukan bantuan atau di landa masalah. Gua ada untuk mereka.

Hidup ni singkat je sebenarnya. So gua taknak ada masalah dengan sesiapa pun. Kalau boleh gua nak hidup yang aman damai di samping org yang gua sayang. Maksud gua orang yang gua sayang tu sama ada family, awek gua, kawan-kawan ataupun bekas awek gua sendiri. Yup. Belas awek gua pun masuk dalam list. Sebab dia senang je sebenarnya. Gua pernah sayang ke diorang so untuk menjadikan mereka musuh selepas putus adalah mustahil bagi gua.

Meskipun antara kami dah takde ikatan cinta. Tapi tak salah rasanya untuk kami terus berkawan. Bagi gua, bila gua dah sayang seseorang tu gua akan sayang sampai bila-bila. Kalau boleh gua tak nak masing-masing bermasam muka. Tak best wei. Serius. Sebenarnya seronok bila dengar diorang nak bertunang. Ada yang dah nak kawin. Gua tumpang seronok. Gua percaya yang setiap kejadian ada hikmah dia. Dah jodoh diorang dengan orang lain, nak buat guano ye dak. So doakan je lah apa yang terbaik untuk mereka dan moga-moga mereka pun mendoakan yang terbaik untuk gua.

Gua juga percaya kepada karma. Bagi gua sekali lu buat naya ke orang sepuluh kali lu kena balik. Tak mustahil wei. Sebab tu gua tak nak menyakitkan hati sesiapa. Tapi dah nama pun manusia. So kadang-kadang ada jugak la gua menyakitkan hati orang melalui perbuatan or percakapan. Dalam sedar atau tak. Biasalah manusia. Baru-baru ni pun ada jugak secara tak sengaja menyakitkan hati orang. Bagi gua itu gurauan je tapi tak tahu pulak dia anggap benda tu serius. So minta maaf je lah jalan yang terbaik.

So sapa-sapa yang pernah sakit hati dengan gua, gua mintak maaf banyak la. Hidup ni singkat je. Takut tak sempat je nanti. Tapi macam pelik lak mintak maaf kat sini. Sape je la yang ada. Kekeke. Takpe-takpe. Nanti gua jumpa korang gua mintak maaf ye. Kahkahkah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. kah2.... gua terase ati ngan lu.. sebab gua kumen fb lu, lu x reply agagagaag!!!!!!

    ReplyDelete