Thursday, May 24, 2012

Piala Thomas 2012

Seperti yang kita sedia maklum malam tadi pasukan. Badminton negara kalah kepada pasukan china. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pasukan badminton negara seperti biasa adalah lauk kepada pasukan china.

Tapi yang menjadi persoalan adalah. Apakah BAM serius untuk merampas kembali piala thomas seterusnya kembali menjadi antara pasukan yang di geruni di dalam sukan badminton ini? Pada hemat saya. Tidak. BAM sama sekali tidak serius di dalam hal ini. Ini terbukti bagi pemilihan pemain yang bagi pendapat saya adalah yang paling teruk sepanjang Malaysia menyertai piala thomas ini.

Ketiadaan Dato' Lee Chong Wei akibat kecederaan bukanlah alasan kerana sepatutnya BAM mempunyai pelan sokongan. Kita sedia maklum sebelum piala thomas ini, Dato'LCW telah mengalami kecederaan pada terbuka India kalau tak silap. Seharusnya sebagai persatuan profesional BAM telah merangka pelan sokongan sekiranya perkara ini terjadi. Pemilihan Hafiz Hashim sebagai perseorangan ketiga adalah satu kesilapan. Atau secara kasarnya adalah bangang. Kenapa BAM tidak meletakkan pemain pelapis supaya mereka dapat menimba pengalaman. Pengalaman ini amat berguna untuk mereka menghadapi piala thomas yang akan datang.

Malaysia seperti yang kita sedia maklum mempunyai ramai pemain remaja yang mengungguli kejohanan badminton remaja dunia. Kenapa kita tidak mendedahkan mereka dari peringkat awal lagi. Kita mensasarkan piala thomas akan datang. Anggaplah ini sebagai satu pelaburan. Kita bertaruh ke atas mereka. Tetapi BAM mungkin terlalu mengharapkan keajaiban. Mungkin BAM ini terlalu bangang. Itu kita tak tahu.

Kalah memang adat pertandingan. Itu hakikat yang kita kena hadapi. Tetapi adakah kita berpuas hati terhadap kekalahan itu? Jawapan dia tidak. Kerana sikap BAM yang tidak serius dalam pembangunan sukan badminton negara kita. Menidakkan peluang generasi muda untuk menimba pengalaman. Dengan kelemahan pengurusan serta krisis kejurulatihan yang meruncing. BAM dan FAM kini bolehlah kita samakan dengan perkataan bangang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment: