Saturday, June 30, 2012

RAWSAK

Rawsak ni kalau tak silap gua buku ke-2 hasil terbitan Rabak-Lit. Yang 1st Bla Bla Bla hasil tulisan Jayzuan. Rabak-Lit berpangkalan di Ipoh. Buku Rawsak ini di barisi penulis seperti Riduan A.dullah, Shima Scarlett, Seyn, Habibah Alyahya, Bay Mushawwir dan Madelene. Jujur gua katakan yang gua memang tak kenal diorang ni. Follow di tuiter pun tidak. Maybe kat ipoh sana diorang ni popular gua syak.

So apa yang istimewa tentang buku ni? Hurmm. Buku ni bagi gua agak menarik. Mungkin dengan barisan penulis yang gua tak kenal menambah keseronokan membaca karya mereka. Tulisan mereka agak merobek minda dan kena dengan jiwa gua. Persoalan-persoalan yang mereka wujudkan memang akan buat otak lu orang ligat mencari jawapan.

Gua pernah cakap dulu. Gua punya nafsu membeli tapi gua kurang nafsu mengguna. Sama macam buku ni. Dekat seminggu dalam rak baru gua belek. Dan percaturan meletakkan brader Ridwan ni sebagai 1st penulis agak tepat. Tulisan serta penggunaan bahasa beliau memang tinggi. Ini membuatkan gua jadi ketagih. Ketagih untuk menyelak halaman berikutnya.

Tidak seperti kebanyakan buku atau himpunan cerpen or puisi yang lain, yang bukunya terdiri dari penulis yang berlainan. Rawsak di tapis dengan teliti (gua syak). Kerana cerita yang ditampilkan agak kemas jalan ceritanya dan ia bukanlah seperti himpunan cerpen biasa yang kadang kala 3 cerita awal saja yang menarik mana kala selebihnya adalah sampah. Bagi gua (bagi gua) dari muka surat pertama sampailah ke muka surat ke 157 semua layan.

Kahkahkah

Susah wei nak review buku. Tapi ikhlas gua cakap la. Buku ni memang berbaloi beli. Dengar cerita edisi terhad buku ni. Kalau lu orang nak beli lu google la Rabak-Lit. Takpun lu search Rabak-Lit kat fb atau pun follow twitter mereka @Rabak-Lit. Kalau rasa malas jugak ambik email ni Rabaklit(@)gmail(.)Com tanpa kurungan ye sedari sedara. So apa tunggu lagi?

P/S : Apa yang best bagi gua belum tentu best bagi lu orang. Tapi Gua bagi rating 8/10 untuk buku ni. Kenapa 8? Sebab takde benda yang sempurna kat dunia ni. Yang near perfect pun susah nak jumpa woih!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment