Thursday, December 8, 2011

HIBURAN PAGI HARI

Tengah gua sedap buat keje tadi gua di kejutkan dengan bunyi notification dari facebook ke BB gua. Gua ingat si setan Hiji dok menganjing gua kat fb sebab menyu kalah mlam tadi. Tapi sangkaan gua meleset. Ade minah mana ntah inbox gua. Barai gak gua gelak baca bende yang dia tulis.

Dalam inbox tu dia tanya gua, kenapa masa game mesia hari tu gua dok maki hamun bila mesia kalah dengan bahrain tapi bila menyu kalah dengan basel gua tak hangin. Kata dia lagi gua ni tak patriotik sebab tak support negara sendiri. Macam-macam lagi lah tapi malas nak cakap sini. So untuk adik sayam ni jawapan abam.

Adik, adik salah paham. Sebenarnya abam tak pernah maki hamun player mesia. Abam cuma cakap bangang je. Abam cakap camtu sebab abam rasa dorang memang bangang. Ok bukan semua. Ada la sorang dua tu. Adik kena paham, abam yang masih waras ni kecewa dengan pasukan kebangsaan kita dik. Menyu kalah pon abam kecewa gak tapi tak sama dengan kecewa mesia kalah. Sebab dia senang je dik. Sebab abam sayang pasukan kebangsaan kita. Tapi abam ni jenis sayang tapi tegas. Macam bapak sayang ke anak tapi jenis tegas. Dia takkan manjakan anak dia sebab dia taknak anak dia nanti rosak. Kalau si anak buat salah si bapak akan bagi rotan, kalau si anak apat no 1 masa periksa pon si bapak puji sikit-sikit je. Nak bagi anak dia fokus sebab perjalanan hidup si anak ni bukan setakat UPSR. Banyak lagi si anak kene belajar.

Macam pasukan kebangsaan kita, lepas menang sukan SEA media cetak buat front page macam menang piala dunia gamaknya. FAM bagi imbuhan berpuluh ribu. Lepas tu apa jadi?? Kalah. Ok pemain letih, gua terima. Then kalah lagi?? Oh bahrain ranking lagi tinggi dari mesia sebab tu kalah. Pemain kita ramai yang di landa kecederaan. Perancang tengah kita cedera terpaksa tukar dengan pemain lain. Bagi gua ni semua bullshit. Kita leading 2 dik tapi kita bocor 3 last-last minit sedangkan bahrain main dengan 10 pemain. Siapa tak geram dik. Kalau adik, abam tak tau la. Abam pon tak tau bila adik start tengok bola ni. Lepas menang AFF hari tu abam syak ni. Adik, definasi patriotik adik ni abam tak jelas sangat sebenarnya. Bagi abam banyak lagi benda abam boleh buat untuk membuktikan sikap patriotik abam. Abam nak sebut sini susah dik, sensitiviti orang lain abam kene jaga jugak.

So adik, sebagai peminat yang true seperti adik ape yang adik buat untuk pasukan kebangsaan adik? Berdiri 90 minit berchant? Pergi stadium pakai baju harimau malaya uptown? Bagi abam tak cukup lagi dik. Sebab abam rasa kalau perubahan tak di lakukan sampai bila-bila pasukan kebangsaan kita tak kemana. Perubahan yang abam maksudkan bukan lah sampai buang semua pemain dan staff kejurulatihan. Cukuplah dengan persaraan sultan bola @ presiden FAM. Then perbaiki balik sistem bola sepak kita. Abam percaya suatu hari nanti pasukan kebangsaan kita boleh pergi jauh. Jangan kan piala dunia. Kita boleh wakil bumi untuk perlawanan antara galaksi. Semua tu tak mustahil dik.

Sekian dari abam. Kalau salah adik tunjukkan ye. Abam ni pon bukan bijak sangat. Kadang-kadang bangang jugak. Tapi abam rasa tak salah jadi bangang asalkan kita mahu belajar.

Malas nak edit. Kalau ada typo buat-buat tak nampak je.

No comments:

Post a Comment