Friday, December 9, 2011

Lucky Ball Yang Tak Berapa Nak Lucky!!!!

Semalam gua saje mengada-ngada ajak member gua main lucky ball. Gua sebenarnya dah lama tak main menatang ni. Dulu boleh di katakan tiap-tiap hari menghadap bende ni. Tapi bila scene mesin dah masuk kat tempat snooker ni gua jadi slow. Tambah pulak setan-setan lain ade yang nak kawin, sibuk dengan kerja dan macam-macam lagi lah. So ianya satu rahmat gak bagi gua. Save duit sikit. Sebab gua ni jenis mengantor.

So semalam terjadi lah sebuah cerita. Cerita tentang kebangangan gua. Mana tak bangang. Lu bayangkan la. Start main jam 10 malam dan gua undur diri jam 4 pagi. Selama 6 jam gua main tu gua game sekali je. Sekali je beb!!! Apa tangkal sial melekat kat badan gua pon tak tau. Benda senang pon gua tak boleh buat. Enjoy sangat tak sedar kalau kena pau gua harus keluar Ringgit Malaysia. Apa gua pikir pon gua tak tahu malam tadi. Ye memang gua dah dekat 2 tahun tak main menatang ni. Tapi takkan la seteruk tu. Mana gua nak letak muka. Member gua dah la bawak kawan-kawan dia. Kalau gua tak pikir sakit dah lama gua hentak kepala gua kat dinding. Bikin malu je.

Kalau ikut perancangan asal, gua sepatutnya bawak kawan baik gua main sekali. Tapi dia ada hal pulak dan akan sampai lambat. So gua go on dulu. Tapi gua agak terkejut jugak sebenarnya, dorang bukan lah cun sangat. So bila member gua sms tanya kat mana, gua malas lah nak suruh member gua datang. Memang makanan dia lah. Gua rasa sikap over confident gua ni yang makan diri gua. Nasib gua kalah tak banyak. Tapi sebenarnya nawaitu gua nak fun je semalam. Gua da set da jumlah yang gua nak pakai untuk fun ni. Gua just nak tengok macam mana permainan gua selepas bertahun tak main. So sekarang da jelas. Memang gua main serupa gampang.

Sebenarnya gua terkenang zaman dulu-dulu. Zaman masa Flora Damansara menjadi tempat persinggahan gua. Zaman di mana waktu malamnya sangat berharga. Tiap-tiap malam menghadap bola bernombor ni. Serius, that's was the best moment I ever had. Dalam terms of friendship la kan. Kami bergelak ketawa sama-sama. Makan minum susah senang semua bersama. Macam ade bond yang kuat antara kami. Susah nak terangkan macam mana perasaan tu. Kalau dapat kumpul macam dulu-dulu seronok beb. Gua ingat nak mention nama korang tapi gua rasa lu tau sape. Ok nama Zul ni gua kene sebut. Abang long ni. Kekeke.. Celake, kalau tak sebut nama Leman kang dia tacing pulak. Balerrr macam nak kene sebut semua je ni. Adoi. Malas gila nak taip nama teek, ciken, pari, cili ngan sepupu kesayangan gua yg 2 org tu. Malas wei. So sape yg gua lupa nak mention tu gua mintak maap la ye. :)

Amacam smaili atas tu...kahkahkah..

No comments:

Post a Comment