Wednesday, February 1, 2012

Merapu.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan kepada semua muslimin serta muslimat yang di rahmati tuhan sekalian.

 Nampak sopan kan gua. Kebetulan tadi gua tertengok buletin utama dekat part Ustaz Harun Din berdoa ramai betul yang menitik air mata. So di situlah timbulnya kesedaran untuk gua untuk merapatkan saf antara kita ummah melayu dan Islam khususnya. Tapi selepas pikir balik ada baik gua betolkan diri gua dulu sebelum gua nak betulkan diri orang lain. Gua taknak jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Amacam peribahasa gua. Power tak? Tapi bila gua pikir balik sebenarnya peribahasa ni adalah penghinaan kepada ketam-ketam sedunia. Banyak lagi peribahasa yang lain, tapi gua malas nak petik.

Ok habis cerita ummah ngan peribahasa bangang. Gua sebenarnya nak cerita. Gua ada kawan. Nama dia Hassan. Dia ni baru dapat durian runtuh. Ratus ribu jugak gua dengar cerita. Dari mana datang duit tu lu org tak perlu tau. Yang lu orang perlu tau adalah parasit-parasit yang menyendeng dekat si Hassan ni. Hassan ni dulu takde lah ramai kawan sangat. Tapi bila dah tersebar cerita yang si Hassan dapat duit banyak camtu mula lah semua dok dekat dengan si Hassan ni.

Apa yang gua nak tekankan di sini adalah macam mana manusia tu boleh berubah sekelip mata hanya kerana duit. Ya duit. Memang tidak di nafikan akan kepentingan duit tapi tindakan segelintir individu yang terlalu taksub akan duit ni memang gua tak berkenan. Tapi normal la manusia. Tak lari sifat ni semua. Bukan lah gua nak cakap yang gua ni perfect. Gua pon lebih kurang gak. Tapi gua ada prinsip.

Tentang prinsip gua tu nanti la gua cerita. Sebab ada satu kisah pasal prinsip gua ni. Lu tunggu kejap gua tulis cerita tu.

No comments:

Post a Comment