Gua saja nak testing keyboard ni...
Sunday, March 25, 2012
Saturday, March 24, 2012
Hassan Si Kaki Gebang..
Malam semalam Hassan si kaki gebang ajak gua bersembang. Gua seperti biasa hanya mengangguk bila hassan mengeluarkan hujah beliau. Sebab gua tau hassan ni kuat gebang. So gua layankan je. Banyak benda yg Hassan ni cerita. Dari isu semasa hinggalah berkaitan dengan wanita. Gua yang dah masak dengan perangai dia malas nak layan. So bila Hassan kata A, A lah gua jawab. Sebab taknak perbualan tu berlanjutan ke masa tambahan.Tapi ada satu topik ni menarik perhatian gua. Dia cakap kalau nak ada makwe gua kena avoid makwe dari beberapa negeri ni. Gua jadi pelik. Keadaan bertambah panas bila dia mention negeri tersebut iaitu sabah, kelantan dan serawak. Gua jadi pelik. Ape kena ngan makwe negeri-negeri ni. Hassan cakap mengikut pengalaman dia, makwe yang dari negeri tersebut susah nak setia. Suka makan luar bagai, materialistik dan macam-macam lagi.
Dalam hati, gua start mencarut.... WTF!!! Hassan ni gua sedia maklum memang bangang. Tapi melebalkan diorang macam tu gua tak boleh terima. Sebab bagi gua kalau dah nama manusia mana ada yg perfect. Suka hati lu je buat conclusion macam tu. Mana punya fakta lu ambik ni woih. Bagi gua, semua negeri sama je. Bangang apa lu nak cakap makwe selangor semua baik-baik. Banyak jugak yang bangang gua rasa.
Lu kena paham, manusia tak kira dari apa negeri hatta bangsa sekalipun bukan semua baik. Lu tak boleh lah menghukum orang sampai macam tu sekali. Serius gua rasa macam nak tumbuk muka lu. Macam gua dulu, gua mengaku yang gua anti dengan satu negeri ni. Bagi gua orang yang dari negeri ni semua bangang belaka. Gua bukan anti je tapi gua benci sangat. Tapi bila gua dah kenal sorang dua budak dari negeri ni. Pandangan gua mula berubah. Bukan semua budak negeri ni berperangai buruk. Ada jugak yang baik. Yang semangat setiakawan dia lagi tinggi dari budak negeri gua. Cuma kadang-kadang yang membataskan cuma percakapan. Itu yang kadang-kadang menimbulkan salah paham. Even dalam agama sekalipun, gua tak rasa yang seagama dengan gua semua berhati mulia. Banyak jugak suruhan agama yang dilanggar. Macam gua. Ye gua mengaku gua bukan seorang muslim yang soleh. Tapi gua sedaya upaya untuk memperbaiki diri gua. Jangan cepat menghukum. Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Cuba bila bercakap tu guna otak. Jangan nampak sangat diri tu bangang.
So kepada Hassan. Tolonglah jangan nak sembang kencang sangat. Jangan nk berlagak lu tau semua benda. Orang menyampah ke lu. Lu tau tak? Gua harap sangat lu boleh bayar hutang lu ke gua. Lama sangat dah ni. Gua baik tapi bukan bererti lu boleh pijak gua. Paham tak?
Sunday, March 4, 2012
Arsenal Power!!!!
Gua sebenarnya nak menganjing liverpool. Tapi ntah kenapa semangat menganjing gua dah tak berapa nak ada. Kalau dulu pantang team lain kalah memang penuh la wall post gua menganjing kat fb. Mungkin gua dah semakin tua, hati kecil gua berkata. Cewah.
Gua takde masalah sangat dengan brader-brader liverpool ni sebenarnya. Malah gua respek sebahagian besar diorang ni. Sebab diorang ni memang pure supporters. Serius kalau gua berdebat dengan mereka gua pasti tersungkur kalah. Bukanlah niat gua nak mempertikaikan fans penyokong lain. Ramai gak yang power, itu gua tak nafikan. Tapi yang menjadi persoalan adalah yang jenis menyokong tak tentu pasal ni. Kebanyakannya adalah BBNU yang masih bersekolah.
Sebenarnya tak salah menganjing. Tapi lu kalau nak menganjing berdasarkan fakta la. Jangan menganjing benda bukan-bukan. Macam game liverpool malam tadi. Bagi gua nasib tidak menyebelahi mereka. Penalti tak masuk dengan kena tiang lagi. Ini semua adalah petanda tentang ketiadaan nasib yang menyebelahi mereka. Arsenal pula bijak menyempurnakan peluang. Song yang selama ni main macam celake hari ni bermain agak baik. Persie gua memang salute sebab dia mempunyai penyudah yang baik.
Kahkahkah. Macam gampang gak gua review pasal bola. Memang barai habis. Gua tengah pikir apa benda yang gua nak tulis. Sebab gua nak alihkan pemikiran gua ke tempat lain. So gua buat la entry ni. Gua start menaip jam 11 dan sekarang dah jam 6. Gila lama kan. Kahkahkah. Gua tak boleh nak tumpu ke benda ni je sebenarnya. Gua sempat la tengok chelsi kena lauk malam tadi. Malas gua nak cerita lebih sebab chealsi ni bkn ramai yang minat pon. Kalau ada yang sokong pon time lawan Man Utd je.
Gua di besarkan dalam keluarga yang sederhana. Masa kecik gua hanya kenal tv1, tv2 ngan tv3 je. So gua tak tau apa itu epl atau la liga. Sehinggalah gua lepak kat rumah pakcik gua. Masa tu game Man Utd tengah berlangsung. Gua jadi kagum dengan gaya permainan diorang. Berbeza sangat dengan permainan Selangor yang selalu gua tengok. Serius, dulu gua ingat pasukan Selangor adalah pasukan yang paling hebat di muka bumi ni. Sejak dari situ lah gua menjadi penyokong Man Utd. Tapi selangor gua tak pernah lupa. Gua siap yakin kalau pasukan Malaysia menentang pasukan Selangor maka bungkuslah pasukan Malaysia. Gua tahu jugak la sedikit sebanyak tentang pasukan kesayangan gua ni. Tapi takdelah semua benda gua tahu. Sebab tu SPM gua berterabur. Sebab kalau gua ni pesen yang ambik tahu dan ingin tahu mesti pelajaran gua jadi hebat. Tapi masa tu pon gua tak kenal apa itu google.
Berbeza dengan sekarang. Gua sekarang ni malas nak lebih sangat. Gua just nak enjoy the game je. Memang gua kecewa kalau pasukan gua kalah. Tapi adat pertandingan la ada yang kalah dan ada yang menang. Lagi pon sebab gua dah terbiasa kecewa sebab kalah masa sokong pasukan malaysia, so takde lah ralat sangat. Mungkin juga gua dah terbiasa sembang hal bola kat group whatsapp. Syoknya group ni adalah kami menyokong team yang berbeza. Dan perbincangan kami adalah secara ilmiah. Walaupon kadang-kadang off topic tapi keharmonian tu tetap ada. Kahkahkah. Menganjing pasukan yang kalah tu memang ada. Tapi mana yang bangang tetap bangang. Gua sendiri kadang-kadang kutuk player Man Utd bila diorang main bangang.
******************************************************************* TIDOR *******************************************************************
Gua rasa entry paling lama sekali gua buat. Bangang betol.
Saturday, March 3, 2012
Macam-Macam
Sebenarnya perasaan gua tengah berkecamuk sekarang ni. Macam-macam yang gua pikir. Tapi di sebalik kekusutan gua, ada satu benda yang buat gua tersenyum. Dan semua kekusutan serta permasalahan gua lenyap secara beransur-ansur.
Gua sebenarnya ada satu ketagihan. Ketagihan untuk mendengar suara lu. Ketagihan untuk mendengar gelak tawa lu. Semua ketagihan gua adalah lu. Gua sayang ke lu sangat-sangat. Gua bukanlah mencari kesempurnaan. Apa yang gua nak adalah kebahagiaan dan kebahagiaan gua adalah lu. Gua nak mintak maaf ke lu atas semua kekurangan gua. Kekurangan yang bukan gua mintak. Tapi gua sedaya upaya akan berusaha untuk menyayangi serta memberi kebahagiaan kepada lu. Semoga Tuhan merestui hubungan kita insyaallah.
Gua sebenarnya rindu ke arwah ibu dan ayah gua. Gua dahagakan kasih syg dari mereka. Gua selalu berharap yang gua dapat balas jasa mereka membesarkan gua.Tapi gua harus menerima hakikat yang mereka dah tiada di dunia ini. Tapi gua bersyukur kerana makcik dan pakcik serta keluarga arwah ibu gua sudi menerima gua dan memberikan kasih sayang kepada gua. Terutama sekali kepada mamat dan apis yang selalu ada bila gua memerlukan mereka.
Dan gua berterima kasih kat kawan-kawan gua yang setia menemani gua di saat gua sedih dan gembira. Gua tak pernah lupa jasa diorang yang banyak membantu serta menemani gua. dari gua kecil gua banyak di bantu serta di jaga oleh mereka. Gua dah berjanji kat Zul untuk menulis cerita pasal dia. Tapi gua tak tau nak tulis benda sebab gua memang takde idea. Gua harap lu tak marah Zul. Cuma apa yang boleh gua simpulkan adalah, lu seorang kawan yang baik. Dan gua bertuah mempunyai kawan macam lu. Lu seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Gua percaya kalau gua di timpa bencana atau masalah lu akan datang tolong gua. So terima kasih sebab sudi berkawan ngan gua.
Gua baca balik atas ni yang gua tulis macam celake pon ada. Kahkahkah. Tapi jujur gua cakap, kadang-kadang gua terpikir. Terpikir kalau gua dah takde kat dunia ni. Macam mana agaknya perasaan serta reaksi mereka. Gua sedar gua bukanlah popular or power sangat sampai semua orang nak meratapi pemergian gua. Tapi gua teringin nak tengok wei. Tapi gua sedar semua tu mustahil.
Gua sebenarnya takde bakat dalam penulisan ni. Salah gua juga sebab masa sekolah dulu gua tak fokus dalam pelajaran bahasa melayu. Bagi gua karangan atau penulisan ni benda senang. Gua just imagine pasal tajuk atau tugasan yang di beri dan gua akan gubah cerita. Benda senang. Sapa cakap susah meh gua tampar muka dia. Lu tengok tajuk pastu lu bedal. Konsep dia senang sangat. Menipu menipu dan menipu.
Sebab tu bila gua try tulis blog, gua agak kekok. Sebab gua tak reti nak cerita pasal hidup gua dalam penulisan. Kalau melalui percakapan gua expert la. Sampai tak reti berenti gua rasa. Susah wei menulis ni. Tu yang gua jadi malas bila nak menulis. Sebab gua tak tau nak luahkan apa yang gua rasa dalam bentuk penulisan ni. Ada banyak benda gua nak cerita. Ada ramai orang yang gua nak bagi penghargaan. Kadang-kadang teringin sangat nak luahkan apa yang gua rasa. Tapi mungkin sebab gua dah terbiasa simpan dalam hati kot. Yup, gua memang suka simpan satu benda dalam hati. Gua tak suka tunjuk kat orang. Lagi-lagi kalau ia melibatkan gua. Tapi gua suka menyibuk hal orang sebenarnya. Lagi-lagi hal kawan gua. Gua bukan boleh dengar kawan-kawan gua ada masalah. Gua akan sedaya upaya tolong walau gua tak mampu. At least gua ada time dorang susah.
Celake, apa lagi gua nak tulis ye. Gua dah rasa bangang sebenarnya ni. Tapi gua kena tahan. Gua nak tunggu jam 6 ni. Nak telefon orang tersayang. Hahaha. Serius bila gua teringat kat dia, gua mesti teringat lagu 150 juta kali nyanyian Fyn Jamal. Serius wei. Nak tahu kenapa? Meh gua petik salah satu lirik dia. Tapi gua ubah sikit la ye. Lirik dia lebih kurang macam ni. "Dia mungkin bengis seperti singa, tapi dia nangis tengok filem ombak rindu". Kahkahkah. Lebih kurang macam ni la lirik dia. Jangan marah ek sayang. Gua harap dan berdoa sangat. Kali ni biarlah ianya berakhir di tempat sepatutnya. Amin.
P/s : gua dah jumpa reason gua untuk terus hidup. :)