Gua sebenarnya dah lama nak tulis pasal hal ni. Tapi sebab nak menjaga hati sesetengah pihak gua tangguhkan dulu niat gua. Tapi di sebabkan tajuk ini menjadi hangat sampai ke twitter org dok bincang benda ni. So gua pun terasa macam nak tulis sikit.
Gua sebenarnya dah banyak kali berdapan dengan situasi ni. Jadi gua paham akan perasaan di sailang tu. Member baik gua sendiri pernah sailang awek gua. Tapi bagi gua tu semua adatlah. Adat bercinta bukan semua kekal. Even kalau dah kahwin pun kemungkinan untuk di sailang tu tetap ada.
Benda sailang ni sebenarnya biasa je. Setiap kali lu ushar awek belum tentu yang awek itu single. Ada yang dah bercouple dan ada juga yang sudah bertunang. Tapi di sebabkan yang lu percaya bahawa itu jodoh lu, lu sailang jugak. Yang menjadikan benda ni luar biasa bila lu sailang awek kawan lu atau kawan lu sailang awek lu. Konsep dia sama je. Tapi bila di sailang oleh orang yang kita kenal sakit hati dia memang lain macam sikit.
Seharusnya manusia lebih terbuka dalam hal ni. Rukun islam sendiri menyatakan bahawa kita perlu percaya pada qada' dan qadar. Percaya yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tuhan ada agenda lain untuk kita. Janganlah meroyan tak tentu pasal. Sampai ada yang sanggup bertumbuk di sebabkan hal ni. Ye, gua akui, memang sakit bila orang yang kita sayang tiba-tiba berubah arah kepada rakan kita sendiri. Tapi sebagai manusia yang waras, lu sepatutnya boleh berpikir secara rasional.
Gua sebenarnya cuba untuk menulis secara serius. Tapi macam celaka pun ada. Kahkahkah. Ok gua mengaku yang gua takde bakat. Tapi gua cuba sedaya upaya la bagi lu orang paham. Bagi gua. Berfikiran positif adalah kunci utama bagi mengelakkan kemurungan dan kesedihan. Itu yang selalu gua buat. Tipu la kalau gua cakap gua tak rabak. Tapi gua sentiasa mencari alasan untuk menyedapkan hati gua. Itu jalan terbaik buat gua.
Gua tulis entry ni ada lah dalam dua hari. Tapi entah kenapa gua rasa macam tak related pulak. Tapi gya publish jugak la. Bukan ada sapa pun yang baca. Kahkahkah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment