Sunday, June 10, 2012

Mautopia

Sebenarnya gua beli Mautopia ni dah dekat 2 bulan. Tapi gua letak kat rak buku je. Tapi entah kenapa semalam gua boleh ambik dan baca buku ni. Dan gua baca sampai habis tanpa henti. Karya Ridhwan Saidi memang tidak menghampakan.

Gua 'jatuh cinta' ke karya Ridhwan Saidi ni semenjak gua baca novel Amerika. Penggunaan bahasa serta imaginasi dia ni memang rare. Apa makan dia ni pun gua tak tahu la. Serius kalau gua jumpa dia ni banyak benda gua nak tanya. Belajar seni bina tapi bahasa dia sikit punya tinggi. Respek!!

Ok berbalik kepada Mautopia ni. Bagi gua ianya tidak sebegitu kompleks seperti Amerika. Mungkin sebab Amerika banyak bercerita tentang senibina yang memang gua sepatah haram tak tau. Mautopia lebih kepada kisah kehidupan. Kehidupan Sharifah bersama ibunya yang 'tidak betul' Puan Suria dan doktorga beliau serta rakan baiknya Aminah dan kekasih lama Farisi. Tapi ianya bukanlah sekadar pernceritaan hidup mereka sahaja.

Bukit Farmosa itu sendiri amat misteri. Keterujaan penduduk Bukit Farmosa untuk ke Amerika adalah misteri. Siapa Guru Besar? Apa itu Tontonyang? Siapa Ismail? Kerengga gergasi?Semua itu adalah misteri. Serius masa gua beli buku ni dan melihat ilustrasi muka depan dia. Gua ingat just gambar katun biasa. Rupanya ada kaitan. Lautan merah itu sebenarnya ada rahsia tersembunyi.

Kahkahkah

Banyak benda lagi gua nak tulis pasal buku ni. Tapi gua ni mana reti nak review buku. Gua tulis ni pun sebab gua bosan dan gua kagum dengan buku ni. Seperti Amerika, Mautopia ni bukan senang nak hadam. Gua pun nak baca balik Mautopia ni. Tapi gua nak baca Cekik dulu. Karya Ridhwan Saidi jugak.

Sorry kalau review buku gua macam bangang. Maybe sebab gua excited kot. Tapi Mautopia ni memang berbaloi kalau lu beli.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments: