Wednesday, June 13, 2012

Kenangan

Tengah sedap gua layan mata nak tido gua teringat satu kenangan. Kenangan masa Hari Raya Aidilfitri. Tahun dia gua lupa dah. Dalam 2005 - 2006 mcm tu la.

Ceritanya begini.

Gua dulu sebelum raya gua ada buat part time sikit. Gua buat kerja proses ayam. Yup memang gua buat kerja tu. Sebab utama gua buat part time ialah member baik gua yang gua dah anggap macam abang iaitu Azam dan Jijoy kerja kat situ. Lu bayangkan lah time raya puasa dia punya permintaan ayam memang tinggi. Jadi ianya memang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Gua pun on je la bila diorang ajak. At least ada jugak duit poket untuk main lucky ball time sembahyang raya nanti pikir gua.

Kami akan memulakan kerja seawal jam 12 tengah malam sehari sebelum raya. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja gua ni. Proses ayam bro. Sikit punya leceh kerja. Non stop pulak tu. Puasa memang tak lah. Kalau dak kerja macan tu. Selalunya settle semua kerja dalam jam 1 atau 2 tengah hari. Then balik rehat sekejap keluar melepak lagi. Time berbuka baru balik. Ambik berkat berbuka kata orang. Last day puasa kena la berbuka bersama keluarga. malamnya pulak gua pergi melepak dekat Sungai Besar cuci mata.

Sungai Besar ni bila time raya cukup meriah. Sampaikan tak tau nak parking mana kalau naik kereta. Kalau naik motor memang tak la. Sebab ramai polis buat sekatan jalan raya. Ini bahaya. Malam sebelum raya memang meriah dekat sini. Dah macan uptown tapi lagi meriah gua rasa. Semua harga lelong. Peniaga bersaing sesama mereka. Makcik-makcik jual kuih pun dah main pakej je. Awek-awek yg datang pulak sikit punya cun. Memang afdal sangat kalau nak curang atau nak carik teman hidup. Tapi gua tak pernah jumpa jodoh kat situ. Walau setiap tahun gua pergi sana. Fuck!

Selesai aktiviti melepak sambil carik jodoh. Gua akan pulang ke rumah dalam jam 5 pagi. Memang letih la. Dah la kelmarin tak tidur. Campur aktiviti bukan-bukan yang gua buat lagi. Memang melingkup la. Pagi raya hari tu gua nekad malas nak pergi masjid sembahyang raya. Gua dah buat alasan solid untuk arwah ibu gua. Gua nak bagi alasan kepenatan berkerja untuk menghalalkan ketidakhadiran gua ke masjid.

Seperti di jangka, arwah ibu gua mula bising sebab gua tak bangun dari tidur. Gua ikut plan awal gua. Gua cakap gua letih tak cukup tido. Arwah ibu gua berkeras suruh gua bangun. Gua masih dengan sikap degil gua yang gua pupuk dari kecil. Gua dapat rasa macam arwah ibu gua macam dah give up nak kejut gua. Gua senyum tanda meraikan kemenangan gua. Kemudian gua terasa macam ada orang duduk kat birai katil gua. Gua bukak mata sikit tengok arwah ibu gua yg duduk situ. Sambil pegang bahu gua, dia cakap. "Sembahyang 5 waktu susah nak buat, ni sembahyang raya setahun sekali pun tak pergi ke dik?" Sayup je suara arwah mak gua.

Raya tahun tu gua tak lepak minum kat kedai cina seberang parit masjid. Gua jugak tak melepak bersembang dekat atas motor bawah pokok ketapang depan kedai cina tu dengan kengkawan gua. Gua masuk masjid terus ambik wudhuk sambil tekun dengar khutbah raya.

:: I miss u and love u so much ibu ::
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment