Semalam usai membaca "Arsonist Jalan Labrooy" nukilan sedara Riduan A.Dullah, jiwa aku jadi rebel. Aku emo. Seperti dapat merasakan penderitaan Comas. Seperti dapat merasakan betapa besar pengorbanan Sola. Ini... Ini babi kataku.
Ye babi.
Aku tak sangka sebenarnya, yang buku ini walau nipis muka suratnya, impaknya begitu besar. Pengolahan kata, penggunaan bahasa berbeza dari apa yang aku baca dari "Rawsak". Yes "Rawsak" adalah kompilasi cerpen/puisi kegemaran aku. Cukup tentang "Rawsak".
"Arsonist Jalan Labrooy" adalah cerita tentang kehidupan. Kehidupan yang memerlukan kita berfikir. Tentang pilihan yang kita buat. Arghhh. Banyak yang aku rasa bila baca novella ni. Sampai aku sendiri tak bisa luahkan apa yang aku rasa. Hebat bukan penangan novella ini.
Kepada sedara Riduan. Tahniah. Tahniah kerana tidak menghampakan aku. Tahniah kerana buat jiwa aku menggelodak. Tahniah untuk segala rasa yang sangat faking aku rasakan. Buat Riduan, bila keluar buku baru nanti, kau bagi tahu aku betul-betul. Aku beli. Kah kah kah.
"Hidup yang aku ibaratkan seperti seekor babi. Merah jambu. Comel barangkali. Tapi dari setiap sudut dan celah, penuh dengan definasi haram. Itu. Hidup aku. Hidup yang aku ibaratkan. Comel tapi haram." - Arsonist Jalan Labrooy
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone