Wednesday, July 18, 2012

Menjelang Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi untuk semua umat islam menyambut ramadhan. Setiap umat termasuk gua mengimpikan puasa penuh sama seperti tahun-tahun lepas. Dan gua agak yakin impian gua itu agak realistik sama macam tahun-tahun lepas. Ya gua yakin.

Masa kecik dulu gua selalu terpikir, puasa kan syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa gua curik-curik minum air dalam peti sejuk. Betul ke syaitan semua kena ikat? Dah masuk sekolah baru lah gua tau. Yang syaitan semua memang kena ikat. Tapi hawa nafsu kita sendiri kena kawal. Itu belum lagi syaitan yang dalam bentuk manusia. Hiji contohnya. Gua yakin puasa kali ni dia akan recycle balik post-post dia kat FB. Upload pic makanan contohnya. Ya gua yakin.

Kita harusnya beruntung kerana bulan puasa di malaysia memang meriah. Time bulan puasa ni makanan dan minuman memang kelas. Kuih muih yang lu tak pernah jumpa pun akan muncul bulan puasa ni. Kalau selama ni lu makan minum air kosong, bulan puasa ni gua gerenti mesti tiap hari lu minum air manis. Air buah yang selama ni lu nak order kena pikir dua tiga kali gua gerenti dua tiga gelas lu minum. Gua yakin, memang meriah. Ya gua yakin.

Gua ingat puasa ni nak buat majlis berbuka puasa ngan member-member gua. Dah lama sebenarnya gua tak bersosial bersama mereka. Gua harap, gua di beri kesempatan serta ruang untuk meraikan majlis berbuka puasa ni. Dan gua juga harap lu orang dapat lah meluangkan masa bersama gua. Mana yang ada anak bini tu bawak sekali. Yang ni memang gua nak buat. Mana-mana bekas geng 21 tu kalau takda memang gua starlet dahi dia.

So kepada muslimin dan muslimat yang di berkati semua. Sempena puasa ni gua nak kabor sikit. Puasa ni menahan diri dari lapar dan dahaga. Tapi jangan lu orang sempitkan pemahaman lu orang dengan definasi tu je. Pikir tu biar luas sikit. Kepada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia, macam hiji, ajib etc gua harap sangat puasa kali ni lu di beri hidayah. Hidayah yang gua maksudkan bukanlah Nurul Hidayah, Nur Hidayah, Siti hidayah atau Hidayah itu sendiri. Hidayah yang gua maksudkan adalah hidayah dari tuhan. Gua tak reti nak ungkaikan benda hidayah ni. Gua tau tapi tak reti nak kabor. Kakakaka

Sebenarnya nasihat atas ni lebih kepada nasihat ke diri gua sendiri. Jangan nak serius sangat woih. Kepada yang berazam nak puasa penuh tu gua harap lu tak lupa nak ganti puasa-puasa yang lu tinggal lepas-lepas tu. Benda tu kena ganti. Takde istilah burn ok. Ni pun nasihat ke diri gua sendiri ni. hehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. hahahahhahahaa.... slamat menyambut ramadhan.... jgn lupe beli kurma yuusssuuff ttaaaaiiiyyoobb..!! agagagaga.. wajib tuh...

    ReplyDelete