Friday, February 3, 2012

Cerita Dulu-Dulu 2

Gua nak sambung cerita gua semalam. Tapi da rasa macam malas pon ada. Tapi gua sambung jugak la.

Lepas je dorang pergi lorong belakang gua rasa tak sedap hati. Gua follow dari jauh tapi gua di halang brader yang badan bapak bagak. So gua tunggu je la kat depan. Gua makin tak sedap hati bila gua terdengar yang dorang bakal kena tipu.

Tak lama lepas tu dorang keluar dari lorong belakang tu. Gua tengok muka am dengan kacak mcm nak menangis. Belom sempat gua tanya am dah mengadu yang dorang kena pau. Gua dengar je am cakap camtu, darah pahlawan gua terus mendidih. Gua nak capai kayu pergi belakang jumpa brader-brader tu semua tapi am halang. Am cakap diorang ramai dan saiz badan diorang bukan kecik-kecik anak. Lepas pikir sekejap gua batalkan niat gua nak serang diorang. Kalau gua teruskan niat gua mau lunyai gua di kerjakan diorang.

So selepas kami bertiga berboncang kami sepakat untuk mengadu hal tadi ke bapak si kacak ni. Nasib baik kacak ni bijak sikit. Sebelum dia pergi lorong mati tu dia dah siap-siap tinggal henpon ngan dompet kat gua. si bapak kacak ni bukan besar sangat orangnya. Kecik macam kacak je, tapi dia punya bengis boleh tahan.

Tak lama lepas telefon bapak si kacak pun sampai. Gua tengok dia punya muka punya bengis. Tak berani gua nak explain apa jadi kat dia. So kacak pun explain la. Bapak si kacak suruh tunjuk mana brader-brader yang pau lacak ngan am. Bapak si kacak sikit punya kering hadap sorang je. Lepas maki brader-brader tu semua bapak kacak mintak balik duit dengan telefon yang diorang ambik. Yang gua pelik diorang siap mintak maap lagi kat bapak si kacak ni. Besar ke bapak kacak ni sampai diorang goyang sangat.

Nak di jadikan cerita hari tu kami berbuka puasa dengan roti krim dan air soya je. Kenangan gila rasanya buka puasa tepi jalan sambil menapak pergi kereta. Bukan dekat wei. Jauh gila gua menapak.

Sebenarnya gua malas nak menaip tapi gua gagahkan jugak. Sebab gua nak buang sifat malas ni. Tapi biasa la bila malas menulis cerita pun jadi malas la. Kahkahkah...

No comments:

Post a Comment