Showing posts with label uya. Show all posts
Showing posts with label uya. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Pompang-Pompang !!!

Gua sebenarnya agak tertarik dengan Pompang-pompang nukilan brother Jarr Nadjmuddean ni. Kulit depan yang simple berseni dan kulit belakang tayang muka jambu dia. Gua syak ramai gadis-gadis akan tertarik dengan blook dia ni..kahkahkah..

Gua masa mula-mula baca blook dia ni gua teringat SPERMA CINTA nukilan LINGLUNG dan SEMBANG KENCANG nukilan sedara PIDOMAT. Ohh konsep yang sama bisik hati gua. Barai gak gua gelak baca entry2 dia ni. Tapi sampai je entry Selindung Kain Dalam Mak Temah, gua da rasa lain macam. Celake tekaan gua salah. Dan gua seronok sebab gua salah!! Gua makin rancak membaca. Entry tahyul dan cerita hidup dia berselang seli lepas tu. Superb beb. Entry Dak Abang terbaik gua rasa.

Cuma yang gua tak puas hati, CINTA PENUNU BUNSEN ni mana ending dia. Gua syak dia saja bagi tergantung. Mungkin dia dah pasang niat nak buat POMPANG-POMPANG 2 ni. Ke gua yang terlepas pandang penamat cerita tu? Mohon pencerahan brother Jarr.

So kalau nak beli buku ni lu klik Lejen Press. Takpon lu follow @jarr9881 dekat twitter. Lu tanya dia sendiri. Kat sini gua tak boleh promote sangat sebab gua je yang baca tapi insyaAllah kat luar dan kat fb gua akan promote blook ni sebab bagi gua, blook ni memang berbaloi lu orang beli. Takde rugi nye..

Bak kata Aisa Linglung sape tak beli dia takde kotey...


Pompang-Pompang !!!

Tuesday, December 6, 2011

Membaca jambatan Ilmu

Salam.

Gua agak teruja sebenarnya, sebab minggu ni Lejen Press akan buat launching buku-buku power.
Bertempat di UYA distro ss15 jam 4.30 petang pada 10 disember ini. So peluang yang rare macam ni tak sepatotnya gua lepaskan. Antara buku yang bakal di lancarkan adalah HERO, HEROIN,POMPANG-POMPANG, ANGUS HIMSELF dan KONTROL HISTERIA. (Kalau salah betolkan)

Gua memang suka membaca. Tapi gua agak memilih dalam aspek membaca ni. Selalunya bahan bacaan gua tertumpu kepada komik serta manga yang hanya gua baca melalui internet.
So macam mana gua boleh terdetik nak beli serta baca buku yang power2 ni? Ceritanya bermula bila gua dengar Mohd Jayzuan buat buku jurnal. Jurnal Rock N Roll tak silap tajuk dia. Nawaitu gua beli masa tu just nak support je sebenarnya. Tapi bila gua baca, gua jadi berminat pulak. Sebab gua rasa buku tu dekat dengan gua. Dari segi bahasa, susunan ayat semua la.
Dari situ gua start membeli. Tapi masa tu gua beli ikut internet je macam Nota-Nota Gila nukilan Jayzuan. Tapi sekarang gua lagi suka beli direct di UYA. Sebab dia senang je, Gua tak suke menunggu posmen. Dari situ gua start beli buku-buku power dari blogger-blogger terkenal. Dan gua tak pernah kecewa dengan buku-buku yang telah gua beli.

Sebenarnya gua agak terkilan sebab gua rasa gua lambat dalam scene-scene buku atau blook ni. Banyak yang gua terlepas macam Sembang Kencang 1 oleh pidomat dan yang paling gua bengang sebab pipiyapong punya buku satu pon gua takde. Terkilan gila. So gua tak nak kejadian yang sama ni berulang.

So gua harap sangat buku yang nak di lancarkan ni nanti akan mendapat sambutan yang hangat. Sebab gua rasa membaca ni boleh merangsangkan minda. Kepada mamat-mamat hati kering yang dok bahan gua cakap gua hati tisu sebab gua baca Awek Chuck Taylor meh gua tampor sorang-sorang. Lu baca dulu beb baru ko judge gua. Bangang!!!

Teringat mamat-mamat hati kering ni buat gua takde mood. Tapi apa-apa pon jangan lupa 10 haribulan ni kat UYA. Ni gua cakap kat diri sendiri. Tak dapat cuti memang gua resign!!!

P/s untuk gua : Jangan nak enjoy sangat. Simpan duit yang tak berapa nak ada tu. Title atas gua main bedal. 
Membaca jambatan Ilmu