Thursday, May 24, 2012

Piala Thomas 2012

Seperti yang kita sedia maklum malam tadi pasukan. Badminton negara kalah kepada pasukan china. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pasukan badminton negara seperti biasa adalah lauk kepada pasukan china.

Tapi yang menjadi persoalan adalah. Apakah BAM serius untuk merampas kembali piala thomas seterusnya kembali menjadi antara pasukan yang di geruni di dalam sukan badminton ini? Pada hemat saya. Tidak. BAM sama sekali tidak serius di dalam hal ini. Ini terbukti bagi pemilihan pemain yang bagi pendapat saya adalah yang paling teruk sepanjang Malaysia menyertai piala thomas ini.

Ketiadaan Dato' Lee Chong Wei akibat kecederaan bukanlah alasan kerana sepatutnya BAM mempunyai pelan sokongan. Kita sedia maklum sebelum piala thomas ini, Dato'LCW telah mengalami kecederaan pada terbuka India kalau tak silap. Seharusnya sebagai persatuan profesional BAM telah merangka pelan sokongan sekiranya perkara ini terjadi. Pemilihan Hafiz Hashim sebagai perseorangan ketiga adalah satu kesilapan. Atau secara kasarnya adalah bangang. Kenapa BAM tidak meletakkan pemain pelapis supaya mereka dapat menimba pengalaman. Pengalaman ini amat berguna untuk mereka menghadapi piala thomas yang akan datang.

Malaysia seperti yang kita sedia maklum mempunyai ramai pemain remaja yang mengungguli kejohanan badminton remaja dunia. Kenapa kita tidak mendedahkan mereka dari peringkat awal lagi. Kita mensasarkan piala thomas akan datang. Anggaplah ini sebagai satu pelaburan. Kita bertaruh ke atas mereka. Tetapi BAM mungkin terlalu mengharapkan keajaiban. Mungkin BAM ini terlalu bangang. Itu kita tak tahu.

Kalah memang adat pertandingan. Itu hakikat yang kita kena hadapi. Tetapi adakah kita berpuas hati terhadap kekalahan itu? Jawapan dia tidak. Kerana sikap BAM yang tidak serius dalam pembangunan sukan badminton negara kita. Menidakkan peluang generasi muda untuk menimba pengalaman. Dengan kelemahan pengurusan serta krisis kejurulatihan yang meruncing. BAM dan FAM kini bolehlah kita samakan dengan perkataan bangang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Piala Thomas 2012

Wednesday, May 23, 2012

Nazmi Faiz

Nazmi faiz adalah anak muda dari malaysia yang bakatnya adalah berkali-kali ganda dari fakri saarani.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Nazmi Faiz

Tuesday, May 15, 2012

Cerita Cinta

Sebenarnya hidup gua ni boleh la dikatakan bertuah dalam bab bercinta. Gua bercinta dengan orang yang hebat. Walaupun mereka kini tinggal sejarah. Tapi hubungan gua dengan mereka masih lagi baik. Kalau mereka memerlukan bantuan atau di landa masalah. Gua ada untuk mereka.

Hidup ni singkat je sebenarnya. So gua taknak ada masalah dengan sesiapa pun. Kalau boleh gua nak hidup yang aman damai di samping org yang gua sayang. Maksud gua orang yang gua sayang tu sama ada family, awek gua, kawan-kawan ataupun bekas awek gua sendiri. Yup. Belas awek gua pun masuk dalam list. Sebab dia senang je sebenarnya. Gua pernah sayang ke diorang so untuk menjadikan mereka musuh selepas putus adalah mustahil bagi gua.

Meskipun antara kami dah takde ikatan cinta. Tapi tak salah rasanya untuk kami terus berkawan. Bagi gua, bila gua dah sayang seseorang tu gua akan sayang sampai bila-bila. Kalau boleh gua tak nak masing-masing bermasam muka. Tak best wei. Serius. Sebenarnya seronok bila dengar diorang nak bertunang. Ada yang dah nak kawin. Gua tumpang seronok. Gua percaya yang setiap kejadian ada hikmah dia. Dah jodoh diorang dengan orang lain, nak buat guano ye dak. So doakan je lah apa yang terbaik untuk mereka dan moga-moga mereka pun mendoakan yang terbaik untuk gua.

Gua juga percaya kepada karma. Bagi gua sekali lu buat naya ke orang sepuluh kali lu kena balik. Tak mustahil wei. Sebab tu gua tak nak menyakitkan hati sesiapa. Tapi dah nama pun manusia. So kadang-kadang ada jugak la gua menyakitkan hati orang melalui perbuatan or percakapan. Dalam sedar atau tak. Biasalah manusia. Baru-baru ni pun ada jugak secara tak sengaja menyakitkan hati orang. Bagi gua itu gurauan je tapi tak tahu pulak dia anggap benda tu serius. So minta maaf je lah jalan yang terbaik.

So sapa-sapa yang pernah sakit hati dengan gua, gua mintak maaf banyak la. Hidup ni singkat je. Takut tak sempat je nanti. Tapi macam pelik lak mintak maaf kat sini. Sape je la yang ada. Kekeke. Takpe-takpe. Nanti gua jumpa korang gua mintak maaf ye. Kahkahkah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Cerita Cinta

Monday, May 14, 2012

Kesedaran

Gua sekarang semakin terbuka dalam semua benda. Gua menerima sesuatu perkara dengan lebih terbuka. Macam malam tadi. Manchester United hanya berpuas hati dengan kedudukan ke-2 liga. Dan kebetulan BIS untuk BB gua expired. Gua lega. Betul-betul lega.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kesedaran

Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku

Hari ni gua sempat ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Di pendekkan cerita ini la hasil dari pesta buku tersebut. Banyak jugak gua beli hari ni. Buku yang beli hari tu pun belum habis baca. Haish...


Sent from my Samsung Galaxy Tab
Pesta Buku

Wednesday, May 2, 2012

3 May 1987

Pada yang tak tahu tanggal 3 May ni adalah birthday gua. Kurang sejam lagi gua akan menyambut hari lahir gua yang ke 25. Gua sendiri tak percaya yang usia gua dah mencecah ke angka tersebut. So dengan menginjaknya usia gua ni, gua berazam untuk menjalani hari-hari gua dengan tenang dan matang. Zaman remaja gua dah habis. Sekarang gua dah level brader-brader. Kekeke

Gua juga akan mempersiapkan mental dan fizikal gua untuk menangkis soalan berkaitan perkahwinan dari rakan serta sanak saudara gua. Soalan berkaitan kahwin ini sebenarnya sudah menjadi amalan serta budaya dalam bangsa kita. Gua sebenarnya tak nampak relevan soalan tersebut. Serius kalau gua rasa dah sampai masa gua untuk berkahwin nanti, gua akan hantar undangan ke majlis gua. Lu orang rileks je.

Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Begitu juga dengan gua. Gua pun teringin ada isteri yang boleh jaga makan minum gua. Yang ada dengan gua saat susah senang gua. Tambah pula gua jenis suka ke budak-budak. Lagi la perasaan nak ada anak sendiri tu membuak-buak. Tapi gua sedar bukan masanya lagi. Gua nak stabilkan semua dulu baru gua akan melangkah setapak lagi. Perkahwinan bukan benda main-main beb. Lu kena bertanggungjawab atas semua tindakan lu. Lagi pulak lu dah berkeluarga. So lu kena sediakan semuanya untuk keluarga lu. Ni baru sembang hal dunia. Kalau gua pakai serban cerita hal akhirat kang mau meleleh air mata.

Sebenarnya usia gua ni bukanlah tua sangat. Macam yang gua cakap. Barui pangkat brader-brader. Belum ayah-ayah lagi. So chill lah. Tak payah nak terkejar-kejar sangat ye dak. Just go with the flow kata penaung negara kita dulu. Lagi pun budak puchong pon ramai bujang lagi. So apa ada hal ye dak. Kekeke
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
3 May 1987

Menginjak Dewasa

Gua sebenarnya bedebor nk tunggu esok ni. Kahkahkah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Menginjak Dewasa