Saturday, February 4, 2012

Jiwa Kacau

Gua sebenarnya paling benci bila perasaan ni datang. Gua cuba buang jauh-jauh sebenarnya perasaan ni. Tapi gua gagal. Tiap kali perasaan ni datang mesti gua rasa gampang. Rasa gampang sebab gua sendiri tak tahu kenapa gua berperasaan macam ni.

Gua ingat nak ambik ubat tido tapi gua risau hanyut pulak esok. Kebetulan sepupu kesayangan nak datang pulak esok. So gua kena bangun awal. Serius wei. Bila rasa camni gua perlukan seseorang untuk gua layan sembang. Tapi kat sini gua nak sembang dengan sapa woih. Kalau ada cili atau am baik gak tapi diaorang takde. Serius gua rasa macam nak tampar orang.

Jiwa Kacau

Friday, February 3, 2012

Pencerahan

Sebenarnya ape yang gua nak cakap pasal benda tu adalah gua tak percaya easy money ni. Mana ada orang nak bagi lu duit senang-senang wei. Orang gila pun pikir dua tiga kali nak bagi nak bagi duit senang-senang camtu.

Gua ingat lagi masa kat poli kemain ramai lagi yang join MLM. Gua pon kena sekolah gak suruh masuk. Tapi gua tolak baik-baik. Takde keja la gua nak buat benda bukan-bukan tu semua. Serius wei, lu dah besar. Dah boleh pikir. Mimpi basah tu jangan cerita la. Tak mimpi pun lu basah gak. Takkan tak boleh nilai benda ni semua. Alasan yang paling gua menyampah sekali adalah nak tolong melayu. Puih!! Tolong melayu apa jadah. Lu lagi menyesatkan melayu la woih.

Lu tau tak dalam apa benda MLM yang lu orang masuk kepala besar dia bangsa lain? Tau tak? Kalau pun kepala besar dia melayu dia hanya pandang lu sebagai alat untuk memenuhkan poket diorang je. Lu jangan ingat diorang sebangsa dengan lu jadi diorang boleh tolong lu. Lu dok kutuk bangsa lain cakap diorang makan lebih-lebih tapi lu tak nampak bangsa lu dok makan lu hidup-hidup. Jangan cerita bangsa dengan gua la. Apa bangsa sekalipun lu orang, lu orang still manusia. Manusia yang tak lari dari sifat tamak dan dengki. So jangan nak salahkan bangsa lain sebab diorang lagi maju dari lu. Salahkan diri lu sebab tak pandai nak ambik peluang dan ruang untuk ubah diri lu.

Macan kes gua kat cokit, apa jadah gua nak percaya kat diorang. Kalau betul diorang boleh predict nombor apasal diorang tak beli sendiri. Dah tentu kaya diorang. Dok semak kat cokit buat magik buat apa. Baik dok rumah goyang telur tunggu hari yang ada draw. Tapi standard la alasan diorang. Pantang kalau beli sendiri. Nanti tak naik. Ini serius alasan gampang. Gua yang tak berapa kaki ni pun boleh agak macam mana sistem nombor ekor ni. Lu ingat senang-senang ke nak kena. Lu pikir la, diorang tu meniaga. Meniaga mesti nak untung. Sape meniaga nak rugi setan. Mengikut pandangan gua, nombor-nombor ni semua akan di tapis oleh komputer. So nombor yang orang beli sikit akan berpeluang untuk naik. Atau pun nombor yang orang tak beli. Gila apa nak bagi nombor yang orang beli beribu naik 1st price. Memang sebulan je la lu meniaga macam tu.

Yang gua menyirap bila ingat kes cokit dulu tu time brader tu tanya si mamat yang claim dia kena nombor tu. Ayat dia lebih kurang gini. "Kamu da tolong 15 orang susah?" Tanya brader tu. Mamat tu yakin je jawab "dah". Then brader tu tanya lagi, "kamu da tolong anak-anak yatim?". "Dah" jawab mamat tu. Celake apa lu dok petik orang-orang yang tak berdosa ni. Kemain lagi lu pancing kan. Tapi ada sorang ni gua memang tak boleh blah. Dia punya sembang. Naik takut gak gua. Umur dekat separuh abad dah. Anak bini belum ada lagi. Tapi kalau sembang bab nombor. Gua naik goyang. Boleh dia cakap kat gua yang" kalau nak kena nombor ni kena mintak kat Tuhan. Sebab rezeki ni datangnya dari Tuhan. So kita kena lah berdoa ke Tuhan moga nombor yang kita beli tu naik. Mana tahu Tuhan dengar doa kita. Dia makbulkan bagi nombor 1 ke". Gua serius terkedu bila dia cakap camtu. Gua ni bukanlah power sangat bab agama ni. Memang dulu time sekolah menengah gua sekolah agama 3 tahun. Tapi itu bukanlah lesen gua untuk jadi macam ustaz azhar idrus. Sefaham gua memang lu kena meminta dan berdoa dengan tuhan. Tapi takkan lah benda camtu lu nak minta ngan Tuhan. Mana pergi rasa malu lu. Dah terang-terang yang judi tu haram. Lu tak malu ke wei. Nanti anak lu datang jumpa lu mohon rogol anak jiran sebelah takkan lu nak bagi izin pulak. Serius otak lu kena servis balik. Tapi gua syak lu kurang kasih sayang. Baik lu kawin cepat. Mana lah tahu hilang benak dalam kepala otak lu tu.

Bukan niat gua sebenarnya nak aibkan sapa-sapa. Gua just tak nak orang luar sana buat benda bukan-bukan. Kalau lu nak senang lu kerja kuat-kuat. Ye ekonomi sekarang macam gampang. Tapi lu kena usaha la. Nanti ada juga modal lu nak sembang dengan anak-anak lu. Takkan lu nak jawap abah kena nombor banyak dulu sebab tu kita hidup senang bila anak lu tanya pasal harta benda lu.  Lu pikirlah sendiri wei. Bukan niat gua nak kurang ajar kat lu. Gua cuma harap lu boleh berubah je. Berenti la dok cai nombor. Berenti la duduk kat kedai nombor tafsir code. Rentikanlah.

Pencerahan

Cerita Dulu-Dulu 2

Gua nak sambung cerita gua semalam. Tapi da rasa macam malas pon ada. Tapi gua sambung jugak la.

Lepas je dorang pergi lorong belakang gua rasa tak sedap hati. Gua follow dari jauh tapi gua di halang brader yang badan bapak bagak. So gua tunggu je la kat depan. Gua makin tak sedap hati bila gua terdengar yang dorang bakal kena tipu.

Tak lama lepas tu dorang keluar dari lorong belakang tu. Gua tengok muka am dengan kacak mcm nak menangis. Belom sempat gua tanya am dah mengadu yang dorang kena pau. Gua dengar je am cakap camtu, darah pahlawan gua terus mendidih. Gua nak capai kayu pergi belakang jumpa brader-brader tu semua tapi am halang. Am cakap diorang ramai dan saiz badan diorang bukan kecik-kecik anak. Lepas pikir sekejap gua batalkan niat gua nak serang diorang. Kalau gua teruskan niat gua mau lunyai gua di kerjakan diorang.

So selepas kami bertiga berboncang kami sepakat untuk mengadu hal tadi ke bapak si kacak ni. Nasib baik kacak ni bijak sikit. Sebelum dia pergi lorong mati tu dia dah siap-siap tinggal henpon ngan dompet kat gua. si bapak kacak ni bukan besar sangat orangnya. Kecik macam kacak je, tapi dia punya bengis boleh tahan.

Tak lama lepas telefon bapak si kacak pun sampai. Gua tengok dia punya muka punya bengis. Tak berani gua nak explain apa jadi kat dia. So kacak pun explain la. Bapak si kacak suruh tunjuk mana brader-brader yang pau lacak ngan am. Bapak si kacak sikit punya kering hadap sorang je. Lepas maki brader-brader tu semua bapak kacak mintak balik duit dengan telefon yang diorang ambik. Yang gua pelik diorang siap mintak maap lagi kat bapak si kacak ni. Besar ke bapak kacak ni sampai diorang goyang sangat.

Nak di jadikan cerita hari tu kami berbuka puasa dengan roti krim dan air soya je. Kenangan gila rasanya buka puasa tepi jalan sambil menapak pergi kereta. Bukan dekat wei. Jauh gila gua menapak.

Sebenarnya gua malas nak menaip tapi gua gagahkan jugak. Sebab gua nak buang sifat malas ni. Tapi biasa la bila malas menulis cerita pun jadi malas la. Kahkahkah...

Cerita Dulu-Dulu 2

Thursday, February 2, 2012

Cerita Dulu-Dulu

Sebenarnya gua rancang nk tulis benda ni semalam dah. Tapi di sebabkan gua malas gua tangguhkan dulu benda ni. Sifat malas dalam diri gua ni macam gampang gak kadang-kadang. Namun gua gagahkan jugak lah untuk menulis sementara nak tunggu jam 6 pagi. Gua ada sign kontrak kejut org pagi-pagi. Kekeke.

Ceritanya begini, gua teringat kejadian yang menimpa gua masa bulan puasa tahun bila entah. Masa tu gua belajar kat poli lagi. Gua dengan am (kawan baik gua ni) bercadang nak lepak rumah kacak kat setapak. Sambil-sambil tu boleh la shopping barang sikit-sikit untuk bekalan hari raya. Gua ingat lagi tahun tu puasa gua dengan am memang barai. Barai sangat-sangat. So bila dah sampai rumah kacak takkan nak barai jugak. Mana nak letak muka ngan mama papa si kacak kalau barai puasa.

So gua dengan am pun dah tanam niat nak sempurnakan puasa kami hari tu. Tapi rasa macam tak guna juga sebab kami bangun tido jam 4 petang. Bangun je dari tido kami teros bersiap . Destinasi kami adalah cokit. Time study mana ada duit nak layan butik. So itu la pilihan terbaik kami. Si am dah tapau siap-siap kat mak dia. Kebetulan pula time tu am baru lepas tukar henfon. Henfon butterfly button keras dia dah tak best katanya.

Sambung cerita cokit. So gua, am ngan kacak pun memulakan lah perjalanan kami menuju ke destinasi. Tapi kacak punya idea lain. Dia park kete kat stesyen mana entah then kami menaiki pengangkutan awam. Sampai je kat cokit kami pun berlegar-legar la kat area situ. Tapi kami tertarik dengan sekumpulan orang orang yang tgh tengok magik. Kami pon tengok gak la. Macam batak pun ada.tapi dia punya show memang real. Kagum juga la kami rasa time tu.

Nak di jadikan cerita ada la mamat ni datang bagi tau dia kena nombor. 1st price ko. Dia cerita la kat brader yang buat magik tadi cakap nombor yang brader tu bagi naik. Brader tu rileks je tanya da tolong orang susah ke bagai. Then brader tu offer sapa yang nak nombor yang kompom naik angkat tangan. Am dengan kacak bila dengar camtu apa lagi. Sikit punya laju angkat tangan. Tapi gua steady. Gua buat bijak je. Then gua tengok lah diorang buat bulatan sambil ikut balik ape yang brader ni cakap. Then brader ni bawak pergi lorong mati belakang tu. Mulanya gua nak ikut tapi sebab gua tak angkat tangan brader tu tak bagi ikut. Gua bukan nak sangat nombor tu. Just nak tengok je.

*gua tertidor*

Cerita Dulu-Dulu

Wednesday, February 1, 2012

Merapu.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan kepada semua muslimin serta muslimat yang di rahmati tuhan sekalian.

 Nampak sopan kan gua. Kebetulan tadi gua tertengok buletin utama dekat part Ustaz Harun Din berdoa ramai betul yang menitik air mata. So di situlah timbulnya kesedaran untuk gua untuk merapatkan saf antara kita ummah melayu dan Islam khususnya. Tapi selepas pikir balik ada baik gua betolkan diri gua dulu sebelum gua nak betulkan diri orang lain. Gua taknak jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Amacam peribahasa gua. Power tak? Tapi bila gua pikir balik sebenarnya peribahasa ni adalah penghinaan kepada ketam-ketam sedunia. Banyak lagi peribahasa yang lain, tapi gua malas nak petik.

Ok habis cerita ummah ngan peribahasa bangang. Gua sebenarnya nak cerita. Gua ada kawan. Nama dia Hassan. Dia ni baru dapat durian runtuh. Ratus ribu jugak gua dengar cerita. Dari mana datang duit tu lu org tak perlu tau. Yang lu orang perlu tau adalah parasit-parasit yang menyendeng dekat si Hassan ni. Hassan ni dulu takde lah ramai kawan sangat. Tapi bila dah tersebar cerita yang si Hassan dapat duit banyak camtu mula lah semua dok dekat dengan si Hassan ni.

Apa yang gua nak tekankan di sini adalah macam mana manusia tu boleh berubah sekelip mata hanya kerana duit. Ya duit. Memang tidak di nafikan akan kepentingan duit tapi tindakan segelintir individu yang terlalu taksub akan duit ni memang gua tak berkenan. Tapi normal la manusia. Tak lari sifat ni semua. Bukan lah gua nak cakap yang gua ni perfect. Gua pon lebih kurang gak. Tapi gua ada prinsip.

Tentang prinsip gua tu nanti la gua cerita. Sebab ada satu kisah pasal prinsip gua ni. Lu tunggu kejap gua tulis cerita tu.

Merapu.....