Thursday, July 19, 2012

Mimpi

Gua percaya setiap orang mempunyai mimpi. Sama ada mimpi di siang hari atau pun sekadar mimpi itu gua tak pasti. Apa yang gua pasti semua orang bermimpi. Bermimpi memiliki segala yang kalau ikut logik memang tak masuk dek akal. Termasuklah gua.

Tapi apa yang gua nak sampaikan di sini bukanlah tentang mimpi atau angan-angan yang di pasang sambil korek hidung. Mimpi atau angan-angan ni memang tak kemana so malas gua nak sembang. Gua nak cerita pasal mimpi ketika tidor. Gua percaya yang mimpi ini adalah mainan tidur. Kalau ada yang betul berlaku. pun pada gua adalah kebetulan semata-mata.

Tapi ada sesetengah orang mereka percaya yang mimpi ini membawa maksud tertentu. Setiap mimpi yang mereka alami akan membawa petanda dalam kehidupan seharian. Sampai ada keluar buku mentafsir mimpi oleh tokoh-tokoh terkemuka islam dan penjajah. Buku mentafsir mimpi bagi penggila nombor ekor pon ada kat pasaran.

Gua sebenarnya bukan apa. Semalam gua bermimpi. Gua mimpi gua kena nombor ekor. Celake nak dekat puasa ni boleh pulak mimpi macam tu. Pandai betei syaitan ni buat keje.

.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Mimpi

Wednesday, July 18, 2012

Menjelang Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi untuk semua umat islam menyambut ramadhan. Setiap umat termasuk gua mengimpikan puasa penuh sama seperti tahun-tahun lepas. Dan gua agak yakin impian gua itu agak realistik sama macam tahun-tahun lepas. Ya gua yakin.

Masa kecik dulu gua selalu terpikir, puasa kan syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa gua curik-curik minum air dalam peti sejuk. Betul ke syaitan semua kena ikat? Dah masuk sekolah baru lah gua tau. Yang syaitan semua memang kena ikat. Tapi hawa nafsu kita sendiri kena kawal. Itu belum lagi syaitan yang dalam bentuk manusia. Hiji contohnya. Gua yakin puasa kali ni dia akan recycle balik post-post dia kat FB. Upload pic makanan contohnya. Ya gua yakin.

Kita harusnya beruntung kerana bulan puasa di malaysia memang meriah. Time bulan puasa ni makanan dan minuman memang kelas. Kuih muih yang lu tak pernah jumpa pun akan muncul bulan puasa ni. Kalau selama ni lu makan minum air kosong, bulan puasa ni gua gerenti mesti tiap hari lu minum air manis. Air buah yang selama ni lu nak order kena pikir dua tiga kali gua gerenti dua tiga gelas lu minum. Gua yakin, memang meriah. Ya gua yakin.

Gua ingat puasa ni nak buat majlis berbuka puasa ngan member-member gua. Dah lama sebenarnya gua tak bersosial bersama mereka. Gua harap, gua di beri kesempatan serta ruang untuk meraikan majlis berbuka puasa ni. Dan gua juga harap lu orang dapat lah meluangkan masa bersama gua. Mana yang ada anak bini tu bawak sekali. Yang ni memang gua nak buat. Mana-mana bekas geng 21 tu kalau takda memang gua starlet dahi dia.

So kepada muslimin dan muslimat yang di berkati semua. Sempena puasa ni gua nak kabor sikit. Puasa ni menahan diri dari lapar dan dahaga. Tapi jangan lu orang sempitkan pemahaman lu orang dengan definasi tu je. Pikir tu biar luas sikit. Kepada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia, macam hiji, ajib etc gua harap sangat puasa kali ni lu di beri hidayah. Hidayah yang gua maksudkan bukanlah Nurul Hidayah, Nur Hidayah, Siti hidayah atau Hidayah itu sendiri. Hidayah yang gua maksudkan adalah hidayah dari tuhan. Gua tak reti nak ungkaikan benda hidayah ni. Gua tau tapi tak reti nak kabor. Kakakaka

Sebenarnya nasihat atas ni lebih kepada nasihat ke diri gua sendiri. Jangan nak serius sangat woih. Kepada yang berazam nak puasa penuh tu gua harap lu tak lupa nak ganti puasa-puasa yang lu tinggal lepas-lepas tu. Benda tu kena ganti. Takde istilah burn ok. Ni pun nasihat ke diri gua sendiri ni. hehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Menjelang Ramadhan

Saturday, July 14, 2012

Farhana

Farhana.
.
.
Gua kenal dia masa kat poli. Kelakar jugak cara perkenalan kami. Dia sebenarnya menjadi orang tengah. Orang tengah untuk kawan dia. Dia mintak no fon gua untuk kawan dia. Berani dia tegur gua. Dia panggil gua abang time tu. Hahaha.

Cerita dia macam ni. Lepas balik dari kelas, sedang gua berjalan dengan kacak member gua, gua terdengar satu suara memanggil. "Abang, abang" . Gua tak menoleh sebab gua ingat dia panggil orang lain. Tapi suara tersebut masih memanggil-manggil. Jadi gua toleh lah. Seorang gadis melambai tangan kepada gua. Berbaju kurung purple serta bertudung hitam (kalau tak silap). Gua ingat ada apa hal, rupanya kawan dia nak no fon gua. Gua bagi je lah. Tapi lepas bagi gua pesan ke dia, " saya bagi no fon ni dekat awk, so jangan bagi orang lain" sambil pergi meninggalkan dia. Dia terpinga-pinga sebab gua pergi macam tu je.
Petang tu dia mesej gua. Minta kebenaran untuk memberi no fon gua ke member dia. Gua on je. Tapi gua cakap kat dia yang gua suka dia. Sebab dia berani. Lepas dari peristiwa tu kami semakin rapat.

Semua sedia maklum yang gua ni pemalu orangnya. So gua takde la mengajak dia pergi dating. Ada pun sekali. Tapi bukan dating la. Gua jumpa kat cafe. Jumpa sekejap je pun. Dia pakai baju t putih seluar track hitam dan bertudung putih (kalau tak silap). Tapi itu semua cerita lama. Cerita tahun 2006-2007. Dan sekarang ni, gua dengar tak lama lagi dia nak kahwin dah. Gua tumpang gembira bagi pihak dia.

Gua bersyukur, walaupun antara kami hanya kawan biasa, tapi kami still rapat (even tak jumpa). Kalau gua ada masalah dia sedia mendengar. Begitu juga sebaliknya. Baguslah dia dah jumpa jodoh dia, kalau tunggu gua entah bila lah gamaknya. Hahaha.

So kepada farhana, yang sempat singgah di hati gua, gua ucapkan selamat bakal pengantin baru. Insyaallah kalau panjang umur dan ada kesempatan gua akan datang ke majlis lu. Gua doakan semoga lu bahagia hingga ke akhir hayat bersama jodoh dan anak cucu lu. Kirim salam ke bakal laki lu. Kabor ke dia gua dengan lu sejarah je. Jangan nak jeles bagai. Kakakaka
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Farhana

Friday, July 13, 2012

Gua, makwe dan bieber


Gua sebenarnya berdendam dengan bieber ni. Dia pernah malukan gua dengan seorang gadis. Lu bayangkan la, tengah sedap gua mengayat sorang makwe ni boleh pulak lagu dia keluar dekat playlist winamp gua. Gua kena gelak bhai. Mana nak letak muka sedang-sedang elok gua ni. Persoalannya sekarang, lahanat mana yang letak lagu dia dalam playlist winamp gua?



Sent from Samsung Mobile
Gua, makwe dan bieber

Thursday, July 12, 2012

Macam-Macam Hal

Sebenarnya gua malas nak menyibuk hal orang lain. Sebab gua malas nak ada kaitan if terjadi apa-apa, pergaduhan misalnya. so gua jadi neutral. If lu tak puas hati dengan member lu then lu nak cerita dengan gua, gua sedia mendengar. Tapi gua hanya mendengar. Tak mungkin gua jadi batu api. Apa yang lu cerita dekat gua adalah antara gua dengan lu. Kalau ada yang bertanya gua cakap tak tahu je. Senang.

Nak di jadikan cerita, awal pagi tadi ada seorang member gua mengadu hal ke gua. Blackberry budak bilik dia hilang. Dia syak budak bilik dia lagi sorang yang rembat. Tapi di sebabkan takde bukti gua rilek je la. Anak buah gua pulak bila dengar gitu mulalah cerita yang dia pun tak gemar sangat ngn budak tu. Gua dengar je la. Sebab gua tak berapa in sangat scene mengumpat ni.

Pada mulanya gua ingat cerita tu habis kat situ la. Rupanya anak buah gua terlebih bijak. Dia boleh pulak bercerita ke orang lain perihal budak tu. Ini memang tindakan yang paling bijak dia buat. Lu nak cerita ke orang lain tu lu ada bukti ke bhai. Jangan main serkap jarang je. Mentang-mentang lu tak suka ke dia lu hentam dia ye. Ingat sikit tujuan kita ke sini. Sekarang ni budak tu tengah carik lu. Sebab cerita yang lu sebarkan. Budak tu ingat lu yang buat cerita kabor dia mencuri. Tak ke mencari masalah namanya tu.

Gua bukan apa, benda kalau boleh elak, baik elak. Lain lah kalau lu dah ada bukti sahih yang budak tu buat kerja. Ni lu syak je. Syak. Takyah lah bercerita kat orang lain bagai. Kita ke sini cari rezeki. So kena la jaga hati semua orang. Kalau lu tak suka pun jangan tunjuk. Simpan dalam diri sudah. Janji diorang tak kacau kita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Macam-Macam Hal

Monday, July 9, 2012

Testing

Testing!!!

Testing