Thursday, June 28, 2012

Woi!!!

Mnggu lepas gua sempat pergi ke KLAB ( sila google ) yang bertempat di The Annexe, Central Market. Banyak jugak lah buku yang gua beli. Nak upload kat sini kang kabor gua riak. So biar gua je lah yang tau jumlahnya.

Niat hati nak buat review sikit-sikit. Tapi gua kalah dengan sifat malas gua sendiri. Susah betul nak melawan sifat malas ni. Faktor takde masa pun alasan yang kukuh sebenarnya. Mana nak kejar tidur, kerja, bola lagi. Memang tak terkejar woih. So ada masa kang gua review la buku tu semua.

Semoga kita semua di lindungi dari syaitan (disebut hiji) yang di rejam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Woi!!!

Friday, June 15, 2012

Tahukah Anda

Tahukah anda hanya dengan satu perkataan hari yang indah akan bertukar suram. Hari yang malang akan bertukar celaka. Dan perkataan itu adalah "K".
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tahukah Anda

Wednesday, June 13, 2012

Kenangan

Tengah sedap gua layan mata nak tido gua teringat satu kenangan. Kenangan masa Hari Raya Aidilfitri. Tahun dia gua lupa dah. Dalam 2005 - 2006 mcm tu la.

Ceritanya begini.

Gua dulu sebelum raya gua ada buat part time sikit. Gua buat kerja proses ayam. Yup memang gua buat kerja tu. Sebab utama gua buat part time ialah member baik gua yang gua dah anggap macam abang iaitu Azam dan Jijoy kerja kat situ. Lu bayangkan lah time raya puasa dia punya permintaan ayam memang tinggi. Jadi ianya memang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Gua pun on je la bila diorang ajak. At least ada jugak duit poket untuk main lucky ball time sembahyang raya nanti pikir gua.

Kami akan memulakan kerja seawal jam 12 tengah malam sehari sebelum raya. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja gua ni. Proses ayam bro. Sikit punya leceh kerja. Non stop pulak tu. Puasa memang tak lah. Kalau dak kerja macan tu. Selalunya settle semua kerja dalam jam 1 atau 2 tengah hari. Then balik rehat sekejap keluar melepak lagi. Time berbuka baru balik. Ambik berkat berbuka kata orang. Last day puasa kena la berbuka bersama keluarga. malamnya pulak gua pergi melepak dekat Sungai Besar cuci mata.

Sungai Besar ni bila time raya cukup meriah. Sampaikan tak tau nak parking mana kalau naik kereta. Kalau naik motor memang tak la. Sebab ramai polis buat sekatan jalan raya. Ini bahaya. Malam sebelum raya memang meriah dekat sini. Dah macan uptown tapi lagi meriah gua rasa. Semua harga lelong. Peniaga bersaing sesama mereka. Makcik-makcik jual kuih pun dah main pakej je. Awek-awek yg datang pulak sikit punya cun. Memang afdal sangat kalau nak curang atau nak carik teman hidup. Tapi gua tak pernah jumpa jodoh kat situ. Walau setiap tahun gua pergi sana. Fuck!

Selesai aktiviti melepak sambil carik jodoh. Gua akan pulang ke rumah dalam jam 5 pagi. Memang letih la. Dah la kelmarin tak tidur. Campur aktiviti bukan-bukan yang gua buat lagi. Memang melingkup la. Pagi raya hari tu gua nekad malas nak pergi masjid sembahyang raya. Gua dah buat alasan solid untuk arwah ibu gua. Gua nak bagi alasan kepenatan berkerja untuk menghalalkan ketidakhadiran gua ke masjid.

Seperti di jangka, arwah ibu gua mula bising sebab gua tak bangun dari tidur. Gua ikut plan awal gua. Gua cakap gua letih tak cukup tido. Arwah ibu gua berkeras suruh gua bangun. Gua masih dengan sikap degil gua yang gua pupuk dari kecil. Gua dapat rasa macam arwah ibu gua macam dah give up nak kejut gua. Gua senyum tanda meraikan kemenangan gua. Kemudian gua terasa macam ada orang duduk kat birai katil gua. Gua bukak mata sikit tengok arwah ibu gua yg duduk situ. Sambil pegang bahu gua, dia cakap. "Sembahyang 5 waktu susah nak buat, ni sembahyang raya setahun sekali pun tak pergi ke dik?" Sayup je suara arwah mak gua.

Raya tahun tu gua tak lepak minum kat kedai cina seberang parit masjid. Gua jugak tak melepak bersembang dekat atas motor bawah pokok ketapang depan kedai cina tu dengan kengkawan gua. Gua masuk masjid terus ambik wudhuk sambil tekun dengar khutbah raya.

:: I miss u and love u so much ibu ::
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kenangan

Tuesday, June 12, 2012

Jodoh Dan Kehidupan

Hidup ni bukan lah semudah yang kita sangka. Walau macam mana solid lu plan satu benda tu belum tentu akan menjadi. Ini gua rasa semua orang pun tau. Kalau ada yang tak tau tu gua syak dia bukan berasal dari bumi.

Sama juga dalam bercinta. Walau macam mana pun lu plan. Kalau dah memang bukan jodoh lu dengan pasangan lu, lu kena pasrah. Lu kena terima ketentuan yang telah di tetapkan untuk lu. Lu kena percaya yang tuhan ada plan lain untuk lu. Lu kena la percaya ke tuhan.

Gua sebenarnya pelik. Pelik dengan perangai manusia yang tak pernah puas. Benda depan mata dah elok. Lu pergi tukar lain. Mungkin dia tak hot macam Neelofa. Mungkin dia juga tak lah sepandai Azwan Ali memasak. Tapi lu ada pikir tak. Lu nak pasangan yang seakan sempurna. Tapi lu tu ada ke iras-iras gua. Errr maksud gua, lu ada macam Aaron Aziz ke. Ada macam hero pujaan malaya ke lu tu.

Selalu juga gua dengar orang bersembang hal mencari calon isteri ni. Kononnya kahwin ni sekali so kita kena la pilih yang terbaik. Gua takde hal sangat dengan benda tu. Tapi gua nak tau definasi terbaik bagi lu orang tu macam mana sebenarnya. Dari survey yang gua buat ( kemain gua buat survey ye dak ) kebanyakannya nak yang beriman, cantik rupa paras, yang boleh membahagiakan suami dan macam-macam lagi. Gua just angguk sambil tunjuk jari tengah kat muka diorang tapi dalam imaginasi gua je la. Lu orang masa gua tanya ni isap dadah ke apa woih?

Memang tak salah wei lu orang nak bermimpi. Tapi berpada la. Bukan lah maksud gua yang lu orang tak boleh dapat isteri yang solehah bagai. Tapi tolonglah jujur ngan gua. 1st kriteria yang lu carik dekat perempuan ni sebenarnya paras rupa dan potongan badan dia kan. Solehah dan beriman ni kira bonus je bagi lu orang. Lu orang sebenarnya tak kisah pun beriman ke tidak dia ni. Bukan niat gua nak mempertikaikan tahap keimanan lu dengan bakal pasangan lu. Kalau betul lu nak yang beriman solehah bagai apasal lu putus dengan awek lu yang bertudung dan lu gantikan dengan yang terdedah sini sana tu?

Banyak benda gua nak tulis. Banyak benda gua nak maki. Tapi gua malas. Gua sedar yang gua bukan lah penasihat yang baik. Gua pun macam lu orang juga. Tapi gua takde berpikir smpai ke situ. Gua bukanlah perfection seekers macam tu. Gua terima seadanya bakal bini gua. Sebab dia, gua yakin dan percaya bakal bini gua ni akan membahagiakan gua. Tapi risau jugak. Benda jodoh ni kita tak boleh nak cakap sangat. Mana la tau kan. Tapi mintak dielakkan.

Gua berharap sangat bila bini gua dah tua berkedut nanti kasih sayang gua ke dia still sama macam apa yang gua rasa sekarang. Dan gua juga harap bila-bini lu orang yang mantop tu akan kekal mantop untuk 50 tahun akan datang. Aminnn.

Kepada sayang gua kalau lu terbaca apa yang gua mengarut ni gua just nak cakap yang gua sayang ke lu more than a love songs. Hehehe. Malam tadi gua teremosi sebenarnya. Sampai telefon ke dia pun tiba-tiba sebak. Tapi entah kenapa. Gua rasa bersyukur. Bersyukur sebab masih ada yang sayang ke gua. Maksud gua umum ye. Bukan awek gua je. Semua orang. Ye semua.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jodoh Dan Kehidupan

Sunday, June 10, 2012

Mautopia

Sebenarnya gua beli Mautopia ni dah dekat 2 bulan. Tapi gua letak kat rak buku je. Tapi entah kenapa semalam gua boleh ambik dan baca buku ni. Dan gua baca sampai habis tanpa henti. Karya Ridhwan Saidi memang tidak menghampakan.

Gua 'jatuh cinta' ke karya Ridhwan Saidi ni semenjak gua baca novel Amerika. Penggunaan bahasa serta imaginasi dia ni memang rare. Apa makan dia ni pun gua tak tahu la. Serius kalau gua jumpa dia ni banyak benda gua nak tanya. Belajar seni bina tapi bahasa dia sikit punya tinggi. Respek!!

Ok berbalik kepada Mautopia ni. Bagi gua ianya tidak sebegitu kompleks seperti Amerika. Mungkin sebab Amerika banyak bercerita tentang senibina yang memang gua sepatah haram tak tau. Mautopia lebih kepada kisah kehidupan. Kehidupan Sharifah bersama ibunya yang 'tidak betul' Puan Suria dan doktorga beliau serta rakan baiknya Aminah dan kekasih lama Farisi. Tapi ianya bukanlah sekadar pernceritaan hidup mereka sahaja.

Bukit Farmosa itu sendiri amat misteri. Keterujaan penduduk Bukit Farmosa untuk ke Amerika adalah misteri. Siapa Guru Besar? Apa itu Tontonyang? Siapa Ismail? Kerengga gergasi?Semua itu adalah misteri. Serius masa gua beli buku ni dan melihat ilustrasi muka depan dia. Gua ingat just gambar katun biasa. Rupanya ada kaitan. Lautan merah itu sebenarnya ada rahsia tersembunyi.

Kahkahkah

Banyak benda lagi gua nak tulis pasal buku ni. Tapi gua ni mana reti nak review buku. Gua tulis ni pun sebab gua bosan dan gua kagum dengan buku ni. Seperti Amerika, Mautopia ni bukan senang nak hadam. Gua pun nak baca balik Mautopia ni. Tapi gua nak baca Cekik dulu. Karya Ridhwan Saidi jugak.

Sorry kalau review buku gua macam bangang. Maybe sebab gua excited kot. Tapi Mautopia ni memang berbaloi kalau lu beli.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Mautopia

Wednesday, May 30, 2012

Sailang

Gua sebenarnya dah lama nak tulis pasal hal ni. Tapi sebab nak menjaga hati sesetengah pihak gua tangguhkan dulu niat gua. Tapi di sebabkan tajuk ini menjadi hangat sampai ke twitter org dok bincang benda ni. So gua pun terasa macam nak tulis sikit.

Gua sebenarnya dah banyak kali berdapan dengan situasi ni. Jadi gua paham akan perasaan di sailang tu. Member baik gua sendiri pernah sailang awek gua. Tapi bagi gua tu semua adatlah. Adat bercinta bukan semua kekal. Even kalau dah kahwin pun kemungkinan untuk di sailang tu tetap ada.

Benda sailang ni sebenarnya biasa je. Setiap kali lu ushar awek belum tentu yang awek itu single. Ada yang dah bercouple dan ada juga yang sudah bertunang. Tapi di sebabkan yang lu percaya bahawa itu jodoh lu, lu sailang jugak. Yang menjadikan benda ni luar biasa bila lu sailang awek kawan lu atau kawan lu sailang awek lu. Konsep dia sama je. Tapi bila di sailang oleh orang yang kita kenal sakit hati dia memang lain macam sikit.

Seharusnya manusia lebih terbuka dalam hal ni. Rukun islam sendiri menyatakan bahawa kita perlu percaya pada qada' dan qadar. Percaya yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tuhan ada agenda lain untuk kita. Janganlah meroyan tak tentu pasal. Sampai ada yang sanggup bertumbuk di sebabkan hal ni. Ye, gua akui, memang sakit bila orang yang kita sayang tiba-tiba berubah arah kepada rakan kita sendiri. Tapi sebagai manusia yang waras, lu sepatutnya boleh berpikir secara rasional.

Gua sebenarnya cuba untuk menulis secara serius. Tapi macam celaka pun ada. Kahkahkah. Ok gua mengaku yang gua takde bakat. Tapi gua cuba sedaya upaya la bagi lu orang paham. Bagi gua. Berfikiran positif adalah kunci utama bagi mengelakkan kemurungan dan kesedihan. Itu yang selalu gua buat. Tipu la kalau gua cakap gua tak rabak. Tapi gua sentiasa mencari alasan untuk menyedapkan hati gua. Itu jalan terbaik buat gua.

Gua tulis entry ni ada lah dalam dua hari. Tapi entah kenapa gua rasa macam tak related pulak. Tapi gya publish jugak la. Bukan ada sapa pun yang baca. Kahkahkah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sailang

Friday, May 25, 2012

Jumaat

Tadi gua lepak menyembang dengan member gua. Macam-macam hal dunia kami borakkan. Tapi ada satu hal ni yang sampai sekarang gua dok pikir. Cerita dia lebih kurang begini.

Gua : wei hari ni jumaat kan?
Dia : yup jumaat. Pehal?
Gua : lu pergi tak solat jumaat nanti?
Dia : tak kot.
Gua : apasal tak pergi wei?
Dia : minggu lepas gua dah pergi.

Gua jadi blur. Lidah gua jadi kelu. Gua ingat nak tanya ke Ustaz Azhar Idrus pasal hal ni. Ustaz masjid tempat gua ni tak popular sangat. Takut member gua ni tak nak ikut pulak. Kalau Ustaz Azhar Idrus yang bagi jawapan mungkin dia ikut kot. Ye lah, sapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus ye dak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat