Kbai
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Mimpi
Masa kecik dulu gua selalu terpikir, puasa kan syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa gua curik-curik minum air dalam peti sejuk. Betul ke syaitan semua kena ikat? Dah masuk sekolah baru lah gua tau. Yang syaitan semua memang kena ikat. Tapi hawa nafsu kita sendiri kena kawal. Itu belum lagi syaitan yang dalam bentuk manusia. Hiji contohnya. Gua yakin puasa kali ni dia akan recycle balik post-post dia kat FB. Upload pic makanan contohnya. Ya gua yakin.
Kita harusnya beruntung kerana bulan puasa di malaysia memang meriah. Time bulan puasa ni makanan dan minuman memang kelas. Kuih muih yang lu tak pernah jumpa pun akan muncul bulan puasa ni. Kalau selama ni lu makan minum air kosong, bulan puasa ni gua gerenti mesti tiap hari lu minum air manis. Air buah yang selama ni lu nak order kena pikir dua tiga kali gua gerenti dua tiga gelas lu minum. Gua yakin, memang meriah. Ya gua yakin.
Gua ingat puasa ni nak buat majlis berbuka puasa ngan member-member gua. Dah lama sebenarnya gua tak bersosial bersama mereka. Gua harap, gua di beri kesempatan serta ruang untuk meraikan majlis berbuka puasa ni. Dan gua juga harap lu orang dapat lah meluangkan masa bersama gua. Mana yang ada anak bini tu bawak sekali. Yang ni memang gua nak buat. Mana-mana bekas geng 21 tu kalau takda memang gua starlet dahi dia.
So kepada muslimin dan muslimat yang di berkati semua. Sempena puasa ni gua nak kabor sikit. Puasa ni menahan diri dari lapar dan dahaga. Tapi jangan lu orang sempitkan pemahaman lu orang dengan definasi tu je. Pikir tu biar luas sikit. Kepada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia, macam hiji, ajib etc gua harap sangat puasa kali ni lu di beri hidayah. Hidayah yang gua maksudkan bukanlah Nurul Hidayah, Nur Hidayah, Siti hidayah atau Hidayah itu sendiri. Hidayah yang gua maksudkan adalah hidayah dari tuhan. Gua tak reti nak ungkaikan benda hidayah ni. Gua tau tapi tak reti nak kabor. Kakakaka
Sebenarnya nasihat atas ni lebih kepada nasihat ke diri gua sendiri. Jangan nak serius sangat woih. Kepada yang berazam nak puasa penuh tu gua harap lu tak lupa nak ganti puasa-puasa yang lu tinggal lepas-lepas tu. Benda tu kena ganti. Takde istilah burn ok. Ni pun nasihat ke diri gua sendiri ni. hehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Menjelang Ramadhan
Cerita dia macam ni. Lepas balik dari kelas, sedang gua berjalan dengan kacak member gua, gua terdengar satu suara memanggil. "Abang, abang" . Gua tak menoleh sebab gua ingat dia panggil orang lain. Tapi suara tersebut masih memanggil-manggil. Jadi gua toleh lah. Seorang gadis melambai tangan kepada gua. Berbaju kurung purple serta bertudung hitam (kalau tak silap). Gua ingat ada apa hal, rupanya kawan dia nak no fon gua. Gua bagi je lah. Tapi lepas bagi gua pesan ke dia, " saya bagi no fon ni dekat awk, so jangan bagi orang lain" sambil pergi meninggalkan dia. Dia terpinga-pinga sebab gua pergi macam tu je.
Petang tu dia mesej gua. Minta kebenaran untuk memberi no fon gua ke member dia. Gua on je. Tapi gua cakap kat dia yang gua suka dia. Sebab dia berani. Lepas dari peristiwa tu kami semakin rapat.
Semua sedia maklum yang gua ni pemalu orangnya. So gua takde la mengajak dia pergi dating. Ada pun sekali. Tapi bukan dating la. Gua jumpa kat cafe. Jumpa sekejap je pun. Dia pakai baju t putih seluar track hitam dan bertudung putih (kalau tak silap). Tapi itu semua cerita lama. Cerita tahun 2006-2007. Dan sekarang ni, gua dengar tak lama lagi dia nak kahwin dah. Gua tumpang gembira bagi pihak dia.
Gua bersyukur, walaupun antara kami hanya kawan biasa, tapi kami still rapat (even tak jumpa). Kalau gua ada masalah dia sedia mendengar. Begitu juga sebaliknya. Baguslah dia dah jumpa jodoh dia, kalau tunggu gua entah bila lah gamaknya. Hahaha.
So kepada farhana, yang sempat singgah di hati gua, gua ucapkan selamat bakal pengantin baru. Insyaallah kalau panjang umur dan ada kesempatan gua akan datang ke majlis lu. Gua doakan semoga lu bahagia hingga ke akhir hayat bersama jodoh dan anak cucu lu. Kirim salam ke bakal laki lu. Kabor ke dia gua dengan lu sejarah je. Jangan nak jeles bagai. Kakakaka
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Farhana
Gua, makwe dan bieber
Macam-Macam Hal