Thursday, December 8, 2011

HIBURAN PAGI HARI

Tengah gua sedap buat keje tadi gua di kejutkan dengan bunyi notification dari facebook ke BB gua. Gua ingat si setan Hiji dok menganjing gua kat fb sebab menyu kalah mlam tadi. Tapi sangkaan gua meleset. Ade minah mana ntah inbox gua. Barai gak gua gelak baca bende yang dia tulis.

Dalam inbox tu dia tanya gua, kenapa masa game mesia hari tu gua dok maki hamun bila mesia kalah dengan bahrain tapi bila menyu kalah dengan basel gua tak hangin. Kata dia lagi gua ni tak patriotik sebab tak support negara sendiri. Macam-macam lagi lah tapi malas nak cakap sini. So untuk adik sayam ni jawapan abam.

Adik, adik salah paham. Sebenarnya abam tak pernah maki hamun player mesia. Abam cuma cakap bangang je. Abam cakap camtu sebab abam rasa dorang memang bangang. Ok bukan semua. Ada la sorang dua tu. Adik kena paham, abam yang masih waras ni kecewa dengan pasukan kebangsaan kita dik. Menyu kalah pon abam kecewa gak tapi tak sama dengan kecewa mesia kalah. Sebab dia senang je dik. Sebab abam sayang pasukan kebangsaan kita. Tapi abam ni jenis sayang tapi tegas. Macam bapak sayang ke anak tapi jenis tegas. Dia takkan manjakan anak dia sebab dia taknak anak dia nanti rosak. Kalau si anak buat salah si bapak akan bagi rotan, kalau si anak apat no 1 masa periksa pon si bapak puji sikit-sikit je. Nak bagi anak dia fokus sebab perjalanan hidup si anak ni bukan setakat UPSR. Banyak lagi si anak kene belajar.

Macam pasukan kebangsaan kita, lepas menang sukan SEA media cetak buat front page macam menang piala dunia gamaknya. FAM bagi imbuhan berpuluh ribu. Lepas tu apa jadi?? Kalah. Ok pemain letih, gua terima. Then kalah lagi?? Oh bahrain ranking lagi tinggi dari mesia sebab tu kalah. Pemain kita ramai yang di landa kecederaan. Perancang tengah kita cedera terpaksa tukar dengan pemain lain. Bagi gua ni semua bullshit. Kita leading 2 dik tapi kita bocor 3 last-last minit sedangkan bahrain main dengan 10 pemain. Siapa tak geram dik. Kalau adik, abam tak tau la. Abam pon tak tau bila adik start tengok bola ni. Lepas menang AFF hari tu abam syak ni. Adik, definasi patriotik adik ni abam tak jelas sangat sebenarnya. Bagi abam banyak lagi benda abam boleh buat untuk membuktikan sikap patriotik abam. Abam nak sebut sini susah dik, sensitiviti orang lain abam kene jaga jugak.

So adik, sebagai peminat yang true seperti adik ape yang adik buat untuk pasukan kebangsaan adik? Berdiri 90 minit berchant? Pergi stadium pakai baju harimau malaya uptown? Bagi abam tak cukup lagi dik. Sebab abam rasa kalau perubahan tak di lakukan sampai bila-bila pasukan kebangsaan kita tak kemana. Perubahan yang abam maksudkan bukan lah sampai buang semua pemain dan staff kejurulatihan. Cukuplah dengan persaraan sultan bola @ presiden FAM. Then perbaiki balik sistem bola sepak kita. Abam percaya suatu hari nanti pasukan kebangsaan kita boleh pergi jauh. Jangan kan piala dunia. Kita boleh wakil bumi untuk perlawanan antara galaksi. Semua tu tak mustahil dik.

Sekian dari abam. Kalau salah adik tunjukkan ye. Abam ni pon bukan bijak sangat. Kadang-kadang bangang jugak. Tapi abam rasa tak salah jadi bangang asalkan kita mahu belajar.

Malas nak edit. Kalau ada typo buat-buat tak nampak je.
HIBURAN PAGI HARI

Tahniah untuk para haters sekalian.

Baler baler....
Man utd tersingkir UCL.
Group stage pulak tu.
Tapi tak pe.
Sebab selalunya bulan 12 ni setan dia lain macam.
So no need to worry.
Sebab gua rasa EPL kita punya.
Yup prestasi Man utd tak konsisten.
Tapi gua yakin.
Jan transfer window pandai la pak alex buat keje.
So, bergembira lah wahai haters man utd.
Sesungguhnya kegembiraan anda tidak lama.
Tahniah untuk para haters sekalian.

Wednesday, December 7, 2011

Carutan Pagi-Pagi

Gua kadang-kadang pelik dengan makhluk tuhan bernama manusia ni. Bukan semua tapi majoriti daripada KITA ni terlalu terikut2 dengan perasaan amarah serta hasad dengki yang tak sudah-sudah. Tuhan bagi kita akal untuk kita berpikir tentang baik buruk sesuatu perkara. Tapi kebanyakan kita ni suka mengambil jalan singkat tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi.

Abaikan atas ni. Gua tengah tension ni. Tension sebab banyak hal. Gua tersepit kat tengah-tengah. Please la. Jangan libatkan gua. Biarkan gua duduk diam-diam sini. Kalau semua bende nak harap gua, mati la gua wei. Gua da cakap dari dulu lagi. Perjelaskan semuanya. Jangan anggap remeh satu benda tu. Jangan cepat give up. Benda ni memerlukan kesabaran serta kesungguhan yang tinggi. Benda yang simple kenapa lu jadikan rumit wei.

Tolonglah kalau lu nak buat satu bende tu lu pikirlah dulu. Jangan nak main taram je. Nak buat, buat la betol-betol. Lu rilek je macam takde pape hal. Yang orang lain ni dah nak pecah kepala ni. Tapi bukan maksud gua nak salahkan lu completely. Mungkin lu ada reason lu sendiri. Tapi walau apa pon reason lu gua mohon lu bertimbang rasa la sikit. Ni semua untuk kesenangan lu juga.

Lagi satu benda yang buat gua berbulu ialah penikam belakang. Gua cukup pantang dengar benda ni. Lu kalau nak tikam balakang meh tikam belakang gua. Gua takde hal. Dah lali dah. Tapi jangan tikam belakang orang yang rapat dengan gua. Gua cukup pantang. Pelik gua, ape yang lu dengki sangat. Seriusly, get a life moron!! Belom pernah lagi gua ludah orang kat muka tapi kalau lu berminat meh sini gua ludah lu meh. Lu kenal menatang anjing tak? Kenal tak? Menatang anjing ni kalau lu nak tau dari mulia dari lu. Lu ingat dia nak gigit ke orang yang bagi dia makan. Dia pon tau bersyukur tau tak. Ni lu, adoi berterima kasih la sikit. Jangan nak lepas salah lu dekat orang yang tak bersalah. Mengaku je la yang lu bangang. Habis cerita. Wei, tak salah la jadi bangang.

Celake betul, pagi-pagi gua da meroyan tak tentu pasal. Pagi-pagi lagi gua da rasa macam gampang. Jangan terbawak sampai malam sudah la. Memang gua sepak sekor-sekor.

P/s untuk gua : Hari ni gua emo sikit. Mintak-mintak ade yang datang sepak gua bagi gua sedar sikit.
Carutan Pagi-Pagi

Tuesday, December 6, 2011

Membaca jambatan Ilmu

Salam.

Gua agak teruja sebenarnya, sebab minggu ni Lejen Press akan buat launching buku-buku power.
Bertempat di UYA distro ss15 jam 4.30 petang pada 10 disember ini. So peluang yang rare macam ni tak sepatotnya gua lepaskan. Antara buku yang bakal di lancarkan adalah HERO, HEROIN,POMPANG-POMPANG, ANGUS HIMSELF dan KONTROL HISTERIA. (Kalau salah betolkan)

Gua memang suka membaca. Tapi gua agak memilih dalam aspek membaca ni. Selalunya bahan bacaan gua tertumpu kepada komik serta manga yang hanya gua baca melalui internet.
So macam mana gua boleh terdetik nak beli serta baca buku yang power2 ni? Ceritanya bermula bila gua dengar Mohd Jayzuan buat buku jurnal. Jurnal Rock N Roll tak silap tajuk dia. Nawaitu gua beli masa tu just nak support je sebenarnya. Tapi bila gua baca, gua jadi berminat pulak. Sebab gua rasa buku tu dekat dengan gua. Dari segi bahasa, susunan ayat semua la.
Dari situ gua start membeli. Tapi masa tu gua beli ikut internet je macam Nota-Nota Gila nukilan Jayzuan. Tapi sekarang gua lagi suka beli direct di UYA. Sebab dia senang je, Gua tak suke menunggu posmen. Dari situ gua start beli buku-buku power dari blogger-blogger terkenal. Dan gua tak pernah kecewa dengan buku-buku yang telah gua beli.

Sebenarnya gua agak terkilan sebab gua rasa gua lambat dalam scene-scene buku atau blook ni. Banyak yang gua terlepas macam Sembang Kencang 1 oleh pidomat dan yang paling gua bengang sebab pipiyapong punya buku satu pon gua takde. Terkilan gila. So gua tak nak kejadian yang sama ni berulang.

So gua harap sangat buku yang nak di lancarkan ni nanti akan mendapat sambutan yang hangat. Sebab gua rasa membaca ni boleh merangsangkan minda. Kepada mamat-mamat hati kering yang dok bahan gua cakap gua hati tisu sebab gua baca Awek Chuck Taylor meh gua tampor sorang-sorang. Lu baca dulu beb baru ko judge gua. Bangang!!!

Teringat mamat-mamat hati kering ni buat gua takde mood. Tapi apa-apa pon jangan lupa 10 haribulan ni kat UYA. Ni gua cakap kat diri sendiri. Tak dapat cuti memang gua resign!!!

P/s untuk gua : Jangan nak enjoy sangat. Simpan duit yang tak berapa nak ada tu. Title atas gua main bedal. 
Membaca jambatan Ilmu

Monday, December 5, 2011

Dilema Hidup Gua...

Gua tengah pening kepala ni. Serabut kepala otak. Gua dapat 'PERINTAH' dari bos gua. Nak di campakkan gua kat Bukit Tinggi. Kalau Bukit Tinggi Klang gua takde masalah. Ni Bukit Tinggi Bentong Pahang gila.


Banyak bende yang gua dok pikir sebenarnya. Dan gua tak dapat satu kebaikan pon kalau gua dok sana.

Bende yang paling gua pikir sekali si Cili housemate gua. Kalau gua kena kesana, means dia sorang la kat uma tu. Sangkak pon selalu outstation. Pening!!!

Faktor lokasi pon boleh buat gua pening gak. Jauh wei. Kalau cuti pon nak kemana je?? Ye ade Colmar, tapi takkan hari-hari gua nak ngadap sana. Lu tengok awek ko tiap hari pon bosan wei, melainkan lu pesen susah nak bosan then lu ada masalah otak yang serius.

Gua pon pikir gak kalau ade buku-buku power keluar macam mana dengan nasib gua? Ye memang boleh pre order. Tapi stim beli sendiri dengan tunggu posmen ni lain. Gua lagi suka menapak pergi UYA. Luas sikit pemandangan.

Kata orang lain padang lain belalang. Aku tak nafikan semua tu. Tapi banyak padang yang gua pergi, belalang dia kebanyakan yang sama je. Istilah kawan bagi gua ni mendalam sangat. Gua sayang kawan-kawan gua. Kwan-kawan yang bukan saje ade dengan gua time senang, time gua tersungkur mereka ni la yang angkat. Dan pimpin gua.

Sepupu kesayangan gua nak kawin bulan ni. 24 Disember 2011. Selamat pengantin baru pis!!! Kalau gua ke Bukit Tinggi cane nak balik kampung pergi kenduri lu. Jauh wei. Masak gua. Gua bukan tak nak nak jadi pengapit lu. Kalau boleh memang gua nak. Sebab lu sepupu kesayangan gua. Tapi gua nak tengok lu dari jauh. Tengok lu bersanding wei, kalau gua dok kipas lu nanti tak datang mood sebak tu nanti. Kekeke..

So sekarang ni gua dok pikir. Ape keputusan yang terbaik untuk gua. Tension dol!!!

P/s : ade ke yg rindu gua kalau gu takde???
Dilema Hidup Gua...

Sunday, December 4, 2011

Peringatan Buat Gua!!!

"Kerja hari ahad ni memang puaka!!" carut gua dalam hati. Bukan ape, kerja takde la banyak mana tapi still gua di bayar. Gua rasa bersalah pulak. Ye la, makan gaji buta. Harap-harap berkat la rezeki gua...

Sebenarnya bukan pasal keje yang buat gua runsing. Kerja tu cuma alasan untuk gua memberontak. Ni pasal blog gua ni. Gua rasa bersalah sebenarnya kat blog ni. Terabai gila.

"Kenapa lu nak rasa bersalah bangang!! Blog je pon. Sedangkan awek-awek lu dulu pun lu abaikan. Apa ada hal" Mamat celake dalam diri gua bisik kat gua. Gua bukan ape, situasi gua sekarang macam penat-penat buat anak, tapi bila da lahir gua buat tak peduli. pergh!! Rasa hina gila gua.

So, gua ambik keputusan nak jaga blog ni. Tapi gua nak carik alasan untuk selalu berkunjung kat sini cukup payah. Gua perlukan alasan yang konkrit. Gua harap gua dapat la carik jawapan tu

P/S :: Malas nak sambung. Tiba-tiba rasa celaka taip pakai BB ni.
Peringatan Buat Gua!!!

Wednesday, November 2, 2011

Semalam Yang Hangat!!!

Salam...
Pergh!!! lama gila tak update belog bangang ni... Hari ni tetiba bukak menatang ni. so, tulis la sikit-sikit ye dak... Ok, semalam telah berlangsung nya pelancaran buku Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia oleh Lucius Maximus dan Sembang Kencang 2 oleh Fdaus Ahmad.

Dah lama gua tunggu buku ni keluar, so agak teruja bila dapat beli semalam. Walau berbagai rintangan gua hadapi akhirnya gua dapat gak buku-buku ni...

So sikit review ye...kekeke....

Sebenarnya gua tak tau nak review-review ni. Tapi bagi gua sapa yang tak tau sejarah tentang bolo sepak mesia ni baik baca buku Lucius ni. gua pon tergamam sebenarnya tentang kehandalan pasukan bolo sepak kita ni. Bapak power!!! Gua rasa buku Lucius ni patot di masukkan ke dalam silibus untuk mata pelajaran sejarah. Ringkas padat dan sendat. Ini serius!!!

Sembang Kencang pulak memang tak menghampakan. Memang power!! Power sampai gua tak boleh nak ungkai dengan kata-kata. kekeke...Pidomat memang tak menghampakan. Kalau lu tak kenal Pidomat baik lu tutup belog lu wei. Dia ni power!! Dan dia penyokong Manchester United. power tu!!

So tak sia-sia la gua merempit sorang-sorang malam semalam (Nasib baik jugak sebab jam gila LDP). Berbaloi-baloi wei. Agak cuak gak semalam sebab gua terlupa bawak dompet. Nasib gua bukan orang yang suka simpan duit dalam dompet. Keekeke. Tapi di buatnya ada Road Block semalam meleleh gak air mata ni rasanya. kang di copnya gua mat salleh mana gua nak elak. Hahaha...

Gua da rasa menyampah nak menaip ni. So gua ucapkan selamat malam kat gua. Sebab gua tau gua je yang baca semua ni...hahaha...Apa ada hal...
Semalam Yang Hangat!!!