Thursday, December 22, 2011

Dunia Oh Dunia...

Rabu
21/12/2011

Tak banyak sangat benda yang jadi hari ni. Tapi gua ada terbaca kat facebook bangun tgh hari tadi. Pasal kes turun bendera Najib then video nak ludah mahasiswa pastu SAMM nak buat revolusi bagai. Lame kan gua. Kekeke.

Gua sebenarnya agak kabur pasal semua ni. Sape mamat yg study UPSI tu. Nama dia pon gua tak berapa nak ingat. Alwi ke adli ke gua tak sure.

Tapi bagi gua personally, tindakan dia tu agak bangang la. Sebab kalau di ikutkan, banyak lagi cara lu nak tunjuk lu punya tak puas hati. Lu nak bagi memorandum ke nasi daun pisang ke ape ke, lu punya pasal la. Tapi bagi la cara berhemah. Lu kena ingat, lu mahasiswa. So lu kene tunjuk sikap profesional lu tu. Jangan ingat lu da pegang title mahasiswa lu da besar. Lu kena tunjuk contah yang baik kat orang-orang sekeliling lu.

Mungkin bagi lu dengan cara ni baru suara lu akan di dengar. Gua paham. Tapi bagi gua lu kena la slow and steady. Jangan gelojoh. Ni tak, belom apa-apa lu da buat benda bukan-bukan. Memang la jadi isu. Gua takde la salahkan lu 100 peratus. Kerajaan pon kena la prihatin sikit. Nak pilihanraya ni. Lu nak menang ke tak wei gamen??

Yang paling gua bedekah sekali si paglima yang nak meludah bagai ni. Lu jangan buat kerja bodoh la. Nak jumpa ludah bagai. Lu kena ingat. Mesia ni ada undang-undang. Jangan ikut amarah lu je. Ingat orang lain takde perasaan marah ke? Lu org dewasa, ada pangkat lagi dalam politik. Matang la sikit. Macam tu ke lu nak ajar orang. Kalau anak lu buat salah, lu teros ludah muka dia ke. Lu buat orang lagi marah wei. Patot lu kena la ambik pendekatan yang elok. Bawak berbincang ke apa ke. Yes, dia buat benda yang boleh di kira kurang ajar. Tapi takkan lu nak buat benda yang sama. Shame on you la wei.

Gua nak sembang pasal SAMM ni tapi gua haran pon tak tau SAMM ni menatang apa. So gua malas nak petik SAMM ni. Tapi yang gua pasti, semua orang nak jadi hero. Dari yang turunkan bendera, yang nak meludah dengan SAMM ni sekali. Tu belum lagi dekat facebook, twitter ngan blog lagi. Lu orang punya sembang tak ingat wei. Pesen ikut perasaan amarah. Gua bukan apa, gua takot golongan mahasiswa ni jadi kambing hitam je. Jadi kambing hitam untuk golongan tertentu.

So, untuk mahasiswa lu belajar la rajin-rajin. Pastu keje elok-elok. Baru masuk politik. Lu tunjuk misi ngan visi lu. Bia semua nampak. Bertanding jadi wakil rakyat. Pastu lu nak pinda apa akta pon lu punya suka la. Untuk panglima-panglima semua, lu kena la ubah pendekatan lu. Macam mana la orang nak suka kat lu orang. Buat video bagai. Serius, gua 1st tengok pon menyampah wei. Bangang punya keja. Baik lu report polis je. Bangang!!

Ni pendapat peribadi gua je. Lu suka ke tak, tu lu punya hal.

Dunia Oh Dunia...

Tuesday, December 20, 2011

Repekan hidup gua...!!



Malam tadi gua pikir panjang. Di sebabkan gua ni susah sikit nak tidor kalau kat tempat baru. Gua pikir macam-macam hal. Dari hal hidup gua ke hal hidup kawan-kawan gua. Semua gua pikir. Gua pon da macam terima hakikat yang gua kene lepak sini tak tau berapa lama. Gua cuba ambik positif dari bende yang berlaku ni. Dari gua terus mencarut menambahkan pening kepala, baik gua terima je seadanya.

Sebenarnya bukan bosan sangat lepak sini. Gua kena admit yang sini banyak gadis cun. Gadis cun yang gua rasa gua boleh usha bila-bila masa. Tapi gua bukan pesen miang camtu. Cili ngan Ajib bolehlah sebab dorang memang miang. So gua rileks je. Gua malas nak pening kepala hal-hal yang remeh.

Gua sebenarnya tak tahu berapa lama gua boleh tahan dekat sini. Tapi gua harap gua akan tabah. Gua cuma rindu dengan member-member gua. Rindu kene kencing, rindu kena maki dan rindu kena bahan. Sebenarnya gua ni suka membahan orang. So perasaan nak membahan tu kadang-kadang meluap-luap. Kat sini gua tak tau nak bahan sapa. Gampaaa betol.

Paling gua terasa si Cili la. Sebelum ni balik keje je boleh dikatakan hari-hari gua lepak dengan dia. Nama pon duduk serumah. Memang selalu sangat la jumpa ye dak. So, ape spesial sangat pasal si Cili ni. Awek-awek gua selalu tanya sapa cili ni. Napa selalu mention pasal dia. Sebenarnya camni. Cili ni adik Azam. Azam ni gua da anggap macam blood gua. Dia ni la yang selalu jaga gua dulu. So gua terhutang budi gak dengan dia ni. So bila Cili datang kerja kat sini, gua rasa macam tanggungjawab gua la untuk jaga dia. Amacam alasan gua. Kekeke.

Tapi sebenarnya gua senang ngan dia ni. Tak kisah la dia nak anjingkan gua ke, babikan gua ke. Kalau gampang celake tu da biasa sangat gua kena. Tapi gua steady, gua sikit pon tak marah. Sebab gua pon selalu cakap macam tu kat dia. Hehehe. Gua da anggap dia macam blood gua. So gua akan pastikan dia tak buat keja bukan-bukan. Gua berjanji kat diri gua selagi gua boleh tolong dia, gua akan tolong.

Kampung gua ni agak unik sebenarnya. Kalau melepak kena bahan tu biasa. Yang bagusnya semua pesen tak melantun. Biasalah karma, hari ni lu kena bahan, esok lusa lu pulak membahan. So sape yang melantun tak tentu pasal tu memang gua tak tau nak cakap apa la. Pernah member gua dari poli gua ajak lepak sekali ngan member-member gua. Dia punya cuak sebab goyang takot kami bertumbuk. Gua punya bedekah bila dia cakap camtu. Memang bahan kami agak kasar. Tapi sebenarnya itu yang merapatkan kami. Tu belom gua cerita pasal budak-budak puchong punya bahan. Lagi tak hengat. Tapi tu gua cerita lain kali.

Pada yang gua tak sebut nama tu, bukan bermakna gua da lupa kat lu. Gua ingat. Gua pun rindu kat lu orang. Tapi masa dan lokasi yang mencemburui kita. Ada masa kita lepak wei. Minggu ni kenduri rumah daus moh ler bukak kitab. Gua on tapi jangan ciken jadi tokey. Mampos gua tak nak. Kekeke... Sebab kenapa gua taknak, lain hari gua cerita.

Gua rasa da cukup panjang da ni. Ada baik gua stop dulu. Semalam yang gua takde idea nak menulis sebab gua tak biasa pakai menatang touch. Hari ni gua menaip pakai BB. Fuhh punya smooth gua menaip. So gua undur diri dulu. Salam...
Repekan hidup gua...!!

Minggu Yang Busy

Minggu ni agak busy sikit. Dengan keje tak menentu, dengan sepupu kesayangan kawin lagi. So agak bedebu gak la belog ni. Kekeke...
Gua sebenarnya haram takde idea nak tulis apa. Tapi ku gagahkan jugak la menulis. Untuk sepupu kesayangan gua, gua harap lu steady melayari bahtera rumah tangga. Gua tumpang gembira buat lu bro.
Gua kat bukit tinggi ni. Kena campak kat sini pulak. So, gua agak tension sebab tu gua takde idea nak tulis ape. Celake betei...
Dah la. Gua nak tido!!!

Minggu Yang Busy

Saturday, December 17, 2011

Daus Kawin beb!!!!

Sebenarnya nak test je ni. Tapi daus memang sah da menikah tadi. So tahniah la untuk sepupu kesayangan gua ni...

Tu je...
Kekeke

Daus Kawin beb!!!!

Tuesday, December 13, 2011

Hero & Heroin

Hero dan Heroin Serius mula-mula gua ingat buku ni macam berkait, macam hero ni sisi pandangan lelaki dan heroin ni sisi pandangan perempuan pulak. Tapi gua silap. Sebenarnya langsung takde kene mengena pon. Hero menampilkan 5 penulis iaitu Bozu, Fikri Misti, Shahir, Lord Zara, dan si puaka Brader Leplep. Ada 5 cerpen pendek dalam ni. Ada cerita fiksyen, teladan, dan cerita mengarut pon ada. Dari barisan penulis lu mesti boleh agak siapa kan. Tapi ape pon terbaik gak gua rasa. Walau menyu di layan buruk dalam 1 cerita tu tapi gua still barai gelak...celake betei!!! Heroin pulak hasil tulisan Amal Hamsan. Ade 9 cerita dalam ni. Menarik gak cerita-cerita dia ni. Sebab gua cakap menarik ialah gua tak jemu baca buku ni. Menusuk kalbu gak cerita-cerita dia ni. Malas nak tulis panjang-panjang. Sebab pakai fon ni macam-macam dugaan dia. Ngan mesej la bbm la cal la..belom fb ngan twitter lagi. So pe yang gua boleh cakap dua-dua buku ni power dia lain macam. Memang berbaloi la. So pe tunggu lagi???
Hero & Heroin

Kontrol Histeria

Kontrol Histeria.

Satu lagi buku terbitan Lejen Press. Ade 23 penulis semuanya dan 47 entry yang boleh membuatkan anda tak tido malam. Kontrol Histeria ni bukan cerita pasal hantu, jin, setan semua. Tapi garapan fiksyen transgresif.

Gua sendiri tak reti sangat nak ungkai bende fiksyen transgresif ni. Apa yang gua paham, semua cerita dalam ni dia punya level ngeri tu memang tinggi. 1st entry pon gua baca sambil sulam 2 batang rokok. Dan untuk menghabiskan 1 buku ni gua tak ingat berapa banyak rokok yang gua abiskan.

Gua sarankan kepada sesiapa yang nak baca buku ni, jangan makan ketika membaca. Gua kompom terkeluar balik bende lu makan tu. Tapi tak tau la kalau lu orang dah biasa baca benda-benda gini.

Pape pon, buku ni berada ni kelasnya tersendiri. Dan untuk peminat fiksyen transgresif ni. Lu org kena ada buku ni. Baru la true. Dan bagi yang baru nak baca, gua doakan lu tabah. Kalau lu rasa Mona Fendy tu kejam. Dalam ni banyak lagi kejam wei.

Kenapa aku tak boleh upload gambar!!!
Kontrol Histeria

Sunday, December 11, 2011

Pompang-Pompang !!!

Gua sebenarnya agak tertarik dengan Pompang-pompang nukilan brother Jarr Nadjmuddean ni. Kulit depan yang simple berseni dan kulit belakang tayang muka jambu dia. Gua syak ramai gadis-gadis akan tertarik dengan blook dia ni..kahkahkah..

Gua masa mula-mula baca blook dia ni gua teringat SPERMA CINTA nukilan LINGLUNG dan SEMBANG KENCANG nukilan sedara PIDOMAT. Ohh konsep yang sama bisik hati gua. Barai gak gua gelak baca entry2 dia ni. Tapi sampai je entry Selindung Kain Dalam Mak Temah, gua da rasa lain macam. Celake tekaan gua salah. Dan gua seronok sebab gua salah!! Gua makin rancak membaca. Entry tahyul dan cerita hidup dia berselang seli lepas tu. Superb beb. Entry Dak Abang terbaik gua rasa.

Cuma yang gua tak puas hati, CINTA PENUNU BUNSEN ni mana ending dia. Gua syak dia saja bagi tergantung. Mungkin dia dah pasang niat nak buat POMPANG-POMPANG 2 ni. Ke gua yang terlepas pandang penamat cerita tu? Mohon pencerahan brother Jarr.

So kalau nak beli buku ni lu klik Lejen Press. Takpon lu follow @jarr9881 dekat twitter. Lu tanya dia sendiri. Kat sini gua tak boleh promote sangat sebab gua je yang baca tapi insyaAllah kat luar dan kat fb gua akan promote blook ni sebab bagi gua, blook ni memang berbaloi lu orang beli. Takde rugi nye..

Bak kata Aisa Linglung sape tak beli dia takde kotey...


Pompang-Pompang !!!

Saturday, December 10, 2011

Friday, December 9, 2011

Lucky Ball Yang Tak Berapa Nak Lucky!!!!

Semalam gua saje mengada-ngada ajak member gua main lucky ball. Gua sebenarnya dah lama tak main menatang ni. Dulu boleh di katakan tiap-tiap hari menghadap bende ni. Tapi bila scene mesin dah masuk kat tempat snooker ni gua jadi slow. Tambah pulak setan-setan lain ade yang nak kawin, sibuk dengan kerja dan macam-macam lagi lah. So ianya satu rahmat gak bagi gua. Save duit sikit. Sebab gua ni jenis mengantor.

So semalam terjadi lah sebuah cerita. Cerita tentang kebangangan gua. Mana tak bangang. Lu bayangkan la. Start main jam 10 malam dan gua undur diri jam 4 pagi. Selama 6 jam gua main tu gua game sekali je. Sekali je beb!!! Apa tangkal sial melekat kat badan gua pon tak tau. Benda senang pon gua tak boleh buat. Enjoy sangat tak sedar kalau kena pau gua harus keluar Ringgit Malaysia. Apa gua pikir pon gua tak tahu malam tadi. Ye memang gua dah dekat 2 tahun tak main menatang ni. Tapi takkan la seteruk tu. Mana gua nak letak muka. Member gua dah la bawak kawan-kawan dia. Kalau gua tak pikir sakit dah lama gua hentak kepala gua kat dinding. Bikin malu je.

Kalau ikut perancangan asal, gua sepatutnya bawak kawan baik gua main sekali. Tapi dia ada hal pulak dan akan sampai lambat. So gua go on dulu. Tapi gua agak terkejut jugak sebenarnya, dorang bukan lah cun sangat. So bila member gua sms tanya kat mana, gua malas lah nak suruh member gua datang. Memang makanan dia lah. Gua rasa sikap over confident gua ni yang makan diri gua. Nasib gua kalah tak banyak. Tapi sebenarnya nawaitu gua nak fun je semalam. Gua da set da jumlah yang gua nak pakai untuk fun ni. Gua just nak tengok macam mana permainan gua selepas bertahun tak main. So sekarang da jelas. Memang gua main serupa gampang.

Sebenarnya gua terkenang zaman dulu-dulu. Zaman masa Flora Damansara menjadi tempat persinggahan gua. Zaman di mana waktu malamnya sangat berharga. Tiap-tiap malam menghadap bola bernombor ni. Serius, that's was the best moment I ever had. Dalam terms of friendship la kan. Kami bergelak ketawa sama-sama. Makan minum susah senang semua bersama. Macam ade bond yang kuat antara kami. Susah nak terangkan macam mana perasaan tu. Kalau dapat kumpul macam dulu-dulu seronok beb. Gua ingat nak mention nama korang tapi gua rasa lu tau sape. Ok nama Zul ni gua kene sebut. Abang long ni. Kekeke.. Celake, kalau tak sebut nama Leman kang dia tacing pulak. Balerrr macam nak kene sebut semua je ni. Adoi. Malas gila nak taip nama teek, ciken, pari, cili ngan sepupu kesayangan gua yg 2 org tu. Malas wei. So sape yg gua lupa nak mention tu gua mintak maap la ye. :)

Amacam smaili atas tu...kahkahkah..
Lucky Ball Yang Tak Berapa Nak Lucky!!!!

Thursday, December 8, 2011

HIBURAN PAGI HARI

Tengah gua sedap buat keje tadi gua di kejutkan dengan bunyi notification dari facebook ke BB gua. Gua ingat si setan Hiji dok menganjing gua kat fb sebab menyu kalah mlam tadi. Tapi sangkaan gua meleset. Ade minah mana ntah inbox gua. Barai gak gua gelak baca bende yang dia tulis.

Dalam inbox tu dia tanya gua, kenapa masa game mesia hari tu gua dok maki hamun bila mesia kalah dengan bahrain tapi bila menyu kalah dengan basel gua tak hangin. Kata dia lagi gua ni tak patriotik sebab tak support negara sendiri. Macam-macam lagi lah tapi malas nak cakap sini. So untuk adik sayam ni jawapan abam.

Adik, adik salah paham. Sebenarnya abam tak pernah maki hamun player mesia. Abam cuma cakap bangang je. Abam cakap camtu sebab abam rasa dorang memang bangang. Ok bukan semua. Ada la sorang dua tu. Adik kena paham, abam yang masih waras ni kecewa dengan pasukan kebangsaan kita dik. Menyu kalah pon abam kecewa gak tapi tak sama dengan kecewa mesia kalah. Sebab dia senang je dik. Sebab abam sayang pasukan kebangsaan kita. Tapi abam ni jenis sayang tapi tegas. Macam bapak sayang ke anak tapi jenis tegas. Dia takkan manjakan anak dia sebab dia taknak anak dia nanti rosak. Kalau si anak buat salah si bapak akan bagi rotan, kalau si anak apat no 1 masa periksa pon si bapak puji sikit-sikit je. Nak bagi anak dia fokus sebab perjalanan hidup si anak ni bukan setakat UPSR. Banyak lagi si anak kene belajar.

Macam pasukan kebangsaan kita, lepas menang sukan SEA media cetak buat front page macam menang piala dunia gamaknya. FAM bagi imbuhan berpuluh ribu. Lepas tu apa jadi?? Kalah. Ok pemain letih, gua terima. Then kalah lagi?? Oh bahrain ranking lagi tinggi dari mesia sebab tu kalah. Pemain kita ramai yang di landa kecederaan. Perancang tengah kita cedera terpaksa tukar dengan pemain lain. Bagi gua ni semua bullshit. Kita leading 2 dik tapi kita bocor 3 last-last minit sedangkan bahrain main dengan 10 pemain. Siapa tak geram dik. Kalau adik, abam tak tau la. Abam pon tak tau bila adik start tengok bola ni. Lepas menang AFF hari tu abam syak ni. Adik, definasi patriotik adik ni abam tak jelas sangat sebenarnya. Bagi abam banyak lagi benda abam boleh buat untuk membuktikan sikap patriotik abam. Abam nak sebut sini susah dik, sensitiviti orang lain abam kene jaga jugak.

So adik, sebagai peminat yang true seperti adik ape yang adik buat untuk pasukan kebangsaan adik? Berdiri 90 minit berchant? Pergi stadium pakai baju harimau malaya uptown? Bagi abam tak cukup lagi dik. Sebab abam rasa kalau perubahan tak di lakukan sampai bila-bila pasukan kebangsaan kita tak kemana. Perubahan yang abam maksudkan bukan lah sampai buang semua pemain dan staff kejurulatihan. Cukuplah dengan persaraan sultan bola @ presiden FAM. Then perbaiki balik sistem bola sepak kita. Abam percaya suatu hari nanti pasukan kebangsaan kita boleh pergi jauh. Jangan kan piala dunia. Kita boleh wakil bumi untuk perlawanan antara galaksi. Semua tu tak mustahil dik.

Sekian dari abam. Kalau salah adik tunjukkan ye. Abam ni pon bukan bijak sangat. Kadang-kadang bangang jugak. Tapi abam rasa tak salah jadi bangang asalkan kita mahu belajar.

Malas nak edit. Kalau ada typo buat-buat tak nampak je.
HIBURAN PAGI HARI

Tahniah untuk para haters sekalian.

Baler baler....
Man utd tersingkir UCL.
Group stage pulak tu.
Tapi tak pe.
Sebab selalunya bulan 12 ni setan dia lain macam.
So no need to worry.
Sebab gua rasa EPL kita punya.
Yup prestasi Man utd tak konsisten.
Tapi gua yakin.
Jan transfer window pandai la pak alex buat keje.
So, bergembira lah wahai haters man utd.
Sesungguhnya kegembiraan anda tidak lama.
Tahniah untuk para haters sekalian.

Wednesday, December 7, 2011

Carutan Pagi-Pagi

Gua kadang-kadang pelik dengan makhluk tuhan bernama manusia ni. Bukan semua tapi majoriti daripada KITA ni terlalu terikut2 dengan perasaan amarah serta hasad dengki yang tak sudah-sudah. Tuhan bagi kita akal untuk kita berpikir tentang baik buruk sesuatu perkara. Tapi kebanyakan kita ni suka mengambil jalan singkat tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi.

Abaikan atas ni. Gua tengah tension ni. Tension sebab banyak hal. Gua tersepit kat tengah-tengah. Please la. Jangan libatkan gua. Biarkan gua duduk diam-diam sini. Kalau semua bende nak harap gua, mati la gua wei. Gua da cakap dari dulu lagi. Perjelaskan semuanya. Jangan anggap remeh satu benda tu. Jangan cepat give up. Benda ni memerlukan kesabaran serta kesungguhan yang tinggi. Benda yang simple kenapa lu jadikan rumit wei.

Tolonglah kalau lu nak buat satu bende tu lu pikirlah dulu. Jangan nak main taram je. Nak buat, buat la betol-betol. Lu rilek je macam takde pape hal. Yang orang lain ni dah nak pecah kepala ni. Tapi bukan maksud gua nak salahkan lu completely. Mungkin lu ada reason lu sendiri. Tapi walau apa pon reason lu gua mohon lu bertimbang rasa la sikit. Ni semua untuk kesenangan lu juga.

Lagi satu benda yang buat gua berbulu ialah penikam belakang. Gua cukup pantang dengar benda ni. Lu kalau nak tikam balakang meh tikam belakang gua. Gua takde hal. Dah lali dah. Tapi jangan tikam belakang orang yang rapat dengan gua. Gua cukup pantang. Pelik gua, ape yang lu dengki sangat. Seriusly, get a life moron!! Belom pernah lagi gua ludah orang kat muka tapi kalau lu berminat meh sini gua ludah lu meh. Lu kenal menatang anjing tak? Kenal tak? Menatang anjing ni kalau lu nak tau dari mulia dari lu. Lu ingat dia nak gigit ke orang yang bagi dia makan. Dia pon tau bersyukur tau tak. Ni lu, adoi berterima kasih la sikit. Jangan nak lepas salah lu dekat orang yang tak bersalah. Mengaku je la yang lu bangang. Habis cerita. Wei, tak salah la jadi bangang.

Celake betul, pagi-pagi gua da meroyan tak tentu pasal. Pagi-pagi lagi gua da rasa macam gampang. Jangan terbawak sampai malam sudah la. Memang gua sepak sekor-sekor.

P/s untuk gua : Hari ni gua emo sikit. Mintak-mintak ade yang datang sepak gua bagi gua sedar sikit.
Carutan Pagi-Pagi

Tuesday, December 6, 2011

Membaca jambatan Ilmu

Salam.

Gua agak teruja sebenarnya, sebab minggu ni Lejen Press akan buat launching buku-buku power.
Bertempat di UYA distro ss15 jam 4.30 petang pada 10 disember ini. So peluang yang rare macam ni tak sepatotnya gua lepaskan. Antara buku yang bakal di lancarkan adalah HERO, HEROIN,POMPANG-POMPANG, ANGUS HIMSELF dan KONTROL HISTERIA. (Kalau salah betolkan)

Gua memang suka membaca. Tapi gua agak memilih dalam aspek membaca ni. Selalunya bahan bacaan gua tertumpu kepada komik serta manga yang hanya gua baca melalui internet.
So macam mana gua boleh terdetik nak beli serta baca buku yang power2 ni? Ceritanya bermula bila gua dengar Mohd Jayzuan buat buku jurnal. Jurnal Rock N Roll tak silap tajuk dia. Nawaitu gua beli masa tu just nak support je sebenarnya. Tapi bila gua baca, gua jadi berminat pulak. Sebab gua rasa buku tu dekat dengan gua. Dari segi bahasa, susunan ayat semua la.
Dari situ gua start membeli. Tapi masa tu gua beli ikut internet je macam Nota-Nota Gila nukilan Jayzuan. Tapi sekarang gua lagi suka beli direct di UYA. Sebab dia senang je, Gua tak suke menunggu posmen. Dari situ gua start beli buku-buku power dari blogger-blogger terkenal. Dan gua tak pernah kecewa dengan buku-buku yang telah gua beli.

Sebenarnya gua agak terkilan sebab gua rasa gua lambat dalam scene-scene buku atau blook ni. Banyak yang gua terlepas macam Sembang Kencang 1 oleh pidomat dan yang paling gua bengang sebab pipiyapong punya buku satu pon gua takde. Terkilan gila. So gua tak nak kejadian yang sama ni berulang.

So gua harap sangat buku yang nak di lancarkan ni nanti akan mendapat sambutan yang hangat. Sebab gua rasa membaca ni boleh merangsangkan minda. Kepada mamat-mamat hati kering yang dok bahan gua cakap gua hati tisu sebab gua baca Awek Chuck Taylor meh gua tampor sorang-sorang. Lu baca dulu beb baru ko judge gua. Bangang!!!

Teringat mamat-mamat hati kering ni buat gua takde mood. Tapi apa-apa pon jangan lupa 10 haribulan ni kat UYA. Ni gua cakap kat diri sendiri. Tak dapat cuti memang gua resign!!!

P/s untuk gua : Jangan nak enjoy sangat. Simpan duit yang tak berapa nak ada tu. Title atas gua main bedal. 
Membaca jambatan Ilmu

Monday, December 5, 2011

Dilema Hidup Gua...

Gua tengah pening kepala ni. Serabut kepala otak. Gua dapat 'PERINTAH' dari bos gua. Nak di campakkan gua kat Bukit Tinggi. Kalau Bukit Tinggi Klang gua takde masalah. Ni Bukit Tinggi Bentong Pahang gila.


Banyak bende yang gua dok pikir sebenarnya. Dan gua tak dapat satu kebaikan pon kalau gua dok sana.

Bende yang paling gua pikir sekali si Cili housemate gua. Kalau gua kena kesana, means dia sorang la kat uma tu. Sangkak pon selalu outstation. Pening!!!

Faktor lokasi pon boleh buat gua pening gak. Jauh wei. Kalau cuti pon nak kemana je?? Ye ade Colmar, tapi takkan hari-hari gua nak ngadap sana. Lu tengok awek ko tiap hari pon bosan wei, melainkan lu pesen susah nak bosan then lu ada masalah otak yang serius.

Gua pon pikir gak kalau ade buku-buku power keluar macam mana dengan nasib gua? Ye memang boleh pre order. Tapi stim beli sendiri dengan tunggu posmen ni lain. Gua lagi suka menapak pergi UYA. Luas sikit pemandangan.

Kata orang lain padang lain belalang. Aku tak nafikan semua tu. Tapi banyak padang yang gua pergi, belalang dia kebanyakan yang sama je. Istilah kawan bagi gua ni mendalam sangat. Gua sayang kawan-kawan gua. Kwan-kawan yang bukan saje ade dengan gua time senang, time gua tersungkur mereka ni la yang angkat. Dan pimpin gua.

Sepupu kesayangan gua nak kawin bulan ni. 24 Disember 2011. Selamat pengantin baru pis!!! Kalau gua ke Bukit Tinggi cane nak balik kampung pergi kenduri lu. Jauh wei. Masak gua. Gua bukan tak nak nak jadi pengapit lu. Kalau boleh memang gua nak. Sebab lu sepupu kesayangan gua. Tapi gua nak tengok lu dari jauh. Tengok lu bersanding wei, kalau gua dok kipas lu nanti tak datang mood sebak tu nanti. Kekeke..

So sekarang ni gua dok pikir. Ape keputusan yang terbaik untuk gua. Tension dol!!!

P/s : ade ke yg rindu gua kalau gu takde???
Dilema Hidup Gua...

Sunday, December 4, 2011

Peringatan Buat Gua!!!

"Kerja hari ahad ni memang puaka!!" carut gua dalam hati. Bukan ape, kerja takde la banyak mana tapi still gua di bayar. Gua rasa bersalah pulak. Ye la, makan gaji buta. Harap-harap berkat la rezeki gua...

Sebenarnya bukan pasal keje yang buat gua runsing. Kerja tu cuma alasan untuk gua memberontak. Ni pasal blog gua ni. Gua rasa bersalah sebenarnya kat blog ni. Terabai gila.

"Kenapa lu nak rasa bersalah bangang!! Blog je pon. Sedangkan awek-awek lu dulu pun lu abaikan. Apa ada hal" Mamat celake dalam diri gua bisik kat gua. Gua bukan ape, situasi gua sekarang macam penat-penat buat anak, tapi bila da lahir gua buat tak peduli. pergh!! Rasa hina gila gua.

So, gua ambik keputusan nak jaga blog ni. Tapi gua nak carik alasan untuk selalu berkunjung kat sini cukup payah. Gua perlukan alasan yang konkrit. Gua harap gua dapat la carik jawapan tu

P/S :: Malas nak sambung. Tiba-tiba rasa celaka taip pakai BB ni.
Peringatan Buat Gua!!!